Edisi Pengurusan Kewangan

Zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar. Kaum hawa seharusnya menjadi insan yang berilmu, bijak dan pandai menguruskan hal ehwal rumah tangga.

Biarlah “beauty with brains” orang putih kabor. Jadilah perempuan yang pintar dari segi adab, percakapan dan tingkah laku.

Jom baca 10 ciri-ciri perempuan yang bijak edisi pengurusan kewangan :

***

1. Perlu ada simpanan sendiri. Kalau ada duit lebihan, nafkah suami beri atau duit gaji, simpan. Jangan membazir pada benda yang bukan-bukan.

2. Tak perlu dan terlalu mengharap kepada pendapatan suami. Perlu juga ada pekerjaan tetap. Kau tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Jadi, kau perlu kuat dan mampu berdikari walau apa jua dugaan yang datang.

3. Ada perlindungan takaful. Perlindungan takaful bukan pelaburan. Peruntukan 10% daripada pendapatan untuk membina tabung takaful.

4. Tak perlu lah beli barang berjenama je. Produk tempatan pun banyak yang berkualiti dan cantik-cantik.

5. Jangan minta pakwe / tunang belanja makan tempat sedap, belanja tengok wayang. Setiap bulan minta hadiah. Lepastu kau kata dia tak menyimpan duit untuk kahwin dengan kau. Kalau boleh sama-samalah kumpul duit belanja kahwin ye. Nak hidup sama-sama juga kan lepas ni?

Simpanan emas membantu mengawal keborosan berbelanja
.

6. Tak perlu lah beli alat make up, baju, kasut, tudung banyak-banyak. Setiap kali beli baju baru mesti kena beli tudung lagi. Padahal tudung dah ada satu almari.

7. Tidak terlalu teruja dengan perkataan SALE / Jualan Murah. Beli apabila benar-benar perlu sahaja. Bila kau beli benda yang tak perlu, mungkin kau akan jual benda yang kau sayang nanti.

8. Tak perlu la beli baju, beg tangan, kasut yang sama warna bagai. Kalau ada 10 pasang baju berlainan warna, 10 buah beg tangan lah kau ada.

9. Tak perlu nak berlawan dengan jiran ataupun rakan sejawat. Kalau jiran beli gelang emas sampai sekerat lengan, kau pun nak lawan juga sampai sanggup berhutang bagai.

10. Tidak terlalu mengikut gaya dan trend terkini. Setiap kali ada keluaran tudung atau shawl terbaru, kau tak tergila-gila nak beli sebab tahu tudung dan shawl dah penuh satu almari. Baik guna duit tu untuk benda yang lebih penting.

Syiling emas menjadikan kita berdisplin menyimpan

***

Sekurang-kurangnya dalam sebuah keluarga mesti ada salah seorang yang pandai uruskan kewangan. Kalau dua-dua pandai lagi lah bagus.

Jika bakal pasangan korang boros berbelanja, kau jadi gabenor bank keluarga apa salahnya. Kaum perempuan ni kalau pandai jimat, dia memang jimat betul. Kah!

SHARE l TAG zaujah, bakal zaujah, tunang kesayangan, makwe korang 😊

[ASY]

Kredit dan Terima Kasih kepada Facebook #AmirSyahir
#NotaKewanganASY

.

 

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin