Bagi Malaysia, nilai matawang kita sejak beberapa tahun ini boleh dikatakan sangat membimbangkan.

Pada Januari 2015, 1 USD adalah bersamaan dengan RM3.57, namun 8 bulan kemudian pada September tahun yang sama, matawang Ringgit Malaysia menjunam dengan terlalu mendadak dan pantas sekali, iaitu 1 USD = RM4.30. Ini jelas menunjukkan ekonomi kita sangat tidak stabil ketika itu.

Matawang adalah sesuatu yang tak akan pernah kekal nilainya. Nilainya akan sentiasa naik atau turun bergantung kepada ekonomi sesebuah negara dan juga ekonomi dunia. Jika stabil ekonomi sesebuah negara itu, maka nilai matawangnya juga akan kuat dan kukuh.

Kami ingin berkongsi 10 matawang dunia yang mempunyai nilai paling tinggi di dunia ketika ini.

 

.

 

10. Dolar Amerika (USD)

 

1 USD = RM4.20

Walaupun ekonomi Amerika Syarikat dikatakan sangat gah dan pelopor kepada ekonomi dunia, namun ia bukanlah yang tertinggi dan paling bernilai di dunia apabila berada di tangga ke 10. Walaubagaimanapun nilai USD semakin menurun untuk beberapa tahun yang lepas, ia masih kuat dan stabil.

USD adalah matawang yang paling banyak diniagakan dan kadar pertukaran USD paling popular adalah kadar USD ke EUR.

 

.

 

9. Franc Swiss (CHF)

1 CHF = RM4.43

Mungkin ada yang tak pernah mendengar nama matawang CHF atau Swiss Franc ini. Ia merupakan matawang bagi Switzerland dan Liechenstein. Ia merupakan matawang ke-9 paling bernilai di dunia ketika ini. Umum mengetahui Switzerland mempunyai antara salah satu bank paling selamat di dunia, dan sektor perbankan rahsia Switzerland membuatkan matawang CHF sebagai modal antarabangsa yang selamat.

Ketika Switzerland menyertai kesatuan mawatang, ia menyandarkan matawang Franc kepada Euro membuatkan mereka mempunyai dua sistem matawang, dan tidak memansuhkan penggunaan Franc.

Kadar pertukaran Swiss Franc paling popular adalah kadar EUR kepada CHF.

 

.

 

8. Euro (EUR)

1 EUR = RM5.06

EUR adalah matawang bagi rasmi bagi negara-negara di benua Eropah iaitu 19 daripada 28 negara Kesatuan Eropah. Antara negara-negara yang menggunakan matawang EUR adalah Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, France, Germany, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Portugal, Slovakia, Slovenia dan Sepanyol.

Lebih daripada 1.109 trilion wang Euro berada dalam edaran wang dunia sehingga Januari 2017, membuatkan nilai gabungan wang kertas dan syiling euro sebagai matawang yang paling banyak di dunia, mengalahkan USD.

 

.

 

7. Dolar Cayman (KYD)

1 KYD = RM5.12

Kepulauan Cayman adalah pulau di Wilayah Luar Negara British (British Overseas Territory) yang merangkumi 3 pulau di selatan Laut Caribbean. Matawang yang digunakan di kawasan berkeluasan 264 kilometer persegi ini adalah Dolar Cayman atau KYD.

Kadar pertukaran matawang Kepulauan Cayman paling popular adalah kadar USD ke KYD. Sebagai matawang ke-7 paling bernilai di dunia, nilai 1 KYD adalah bersamaan 1.22 USD atau RM5.12

 

.

 

6. Pound Gibraltar (GIP)

1 GIP = RM5.52

Gibraltar juga merupakan salah satu daripada Wilayah Luar Negara British, yang terletak di pantai selatan Sepanyol. Matawang yang digunakan Gibraltar adalah Gibraltar pound (GIP). Ia boleh ditukarkan dengan nilai British pound pada nilai setara iaitu 1:1. GIP dikawal oleh bank pusat dan Kerajaan Gibraltar bertanggungjawab menghasilkan dan mencetak wang syiling dan kertas.

Pertukaran Gibraltar Pound paling popular adalah kadar EUR kepada GIP. Nilai GIP adalah bersamaan RM5.52

 

.

 

5. Pound Sterling (GBP)

1 GBP = RM5.52

Pound sterling atau GBP adalah antara matawang paling popular di dunia selepas USD. Kebiasaannya umum hanya mengetahui GBP sebagai matawang bagi United Kingdom sahaja, namum ia juga merupakan matawang bagi Jersey, Guernsey, Isle of Man, South Georgia, Kepulauan Sandwich Selatan, Wilayah Antartik British dan Tristan da Cunha.

Pound sterling berada di tangga ke-5 matawang paling bernilai, dan matawang ke-4 paling banyak diniagakan di pasaran pertukaran asing. Kadar pertukaran paling popular bagi Pound Sterling adalah kadar EUR kepada GBP. Nilai 1 GBP kepada RM ketika ini adalah RM5.52.

 

.

 

4. Dinar Jordan (JOD)

1 JOD = RM5.92

Berada di tangga ke-4 nilai matawang paling tinggi adalah JOD atau Dinar Jordan. Kadar pertukaran Dinar Jordan paling popular adalah kadar JOD kepada EUR. Terbing Barat juga menggunakan Dinar Jordan, dan ketika ini 1 JOD bersamaan RM5.92.

 

.

 

3. Riyal Oman (OMR)

1 OMR = RM10.90

Oman adalah negara yang mempunyai nilai matawang ke-3 paling tinggi di dunia, iaitu OMR atau Riyal Oman. Sebelum menggunakan OMR, Oman menggunakan matawang INR atau Rupee India, sehingga 1940. Disebabkan ini, kadar pertukaran Riyal Oman adalah kadar dari INR kepada OMR.

Walaupun pasaran minyak mentah menjadi merosot akibat bekalan berlebihan oleh Oman, namun Riyal Oman masih tetap kukuh. Ketika ini, 1 OMR bersamaan USD2.60 atau RM10.90.

 

.

 

2. Dinar Bahrain (BHD)

1 BHD = RM11.12

BHD atau Dinar Bahrain adalah matawang bagi negara Bahrain. Lokasi strategik Kerajaan Bahrain memberikan peluang kepada hubungan asing yang menguatkan lagi matawang Bahrain. Pekerja asing paling banyak di Bahrain adalah orang India yang membuatkan kadar pertukaran Dinar Bahrain paling popular adalah kadar INR (Rupee India) kepada BHD.

Selain itu, negara ini menarik minat ramai pekerja asing dari serata dunia kerana nilai matawang yang sangat tinggi. Ketika ini 1BHD bersamaan RM11.12

 

.

 

1. Dinar Kuwait (KWD)

1 KWD = RM13.94

Dan senarai nilai matawang paling tinggi di dunia, diungguli oleh KWD, atau Dinar Kuwait yang merupakan matawang bagi Kuwait. Matawang negara yang kaya dengan minyak ini begitu kuat dan kukuh adalah disebabkan ekonominya yang sangat stabil.

Kuwait menggunakan Dinar Iraq buat sementara waktu ketika Perang Gulf, dan kemudiannya menyandarkan Dinar Kuwait kepada USD.

Pada tahun 2007, Dinar Kuwait bebas daripada mana-mana pengaruh matawang dan bermula tahun 2013, KWD adalah matawang yang mempunyai nilai paling tinggi di dunia.

1 KWD bersamaan USD3.32 atau RM13.94

 

.

 

APA YANG PERLU ANDA TAHU?

Tidak ramai dari kita yang mengetahui bahawa wang kertas ini tidak disandarkan kepada apa-apa. Ia hanyalah satu produk yang berkait dengan supply and demand. Apa yang berlaku sekiranya matawang fiat ini tiada lagi sebarang permintaan?

Sebagai contoh, siapa diantara kita pernah dengar Dinar Iraq. Apa yang berlaku kepada matawang tersebut? Tidak laku! Ianya hanya menjadi sekeping kertas tanpa nilai.

Pada zaman sekarang, wang fiat adalah satu keperluan. Mahu atau tidak, kita terpaksa menggunakannya. Wang fiat ini juga menggambarkan salah satu dari kekayaan kita. Jadi, kita sebagai pengguna juga perlu bijak. Sebagaimana kita mempunyai insurans dan takaful untuk kenderaan dan hospital, kita juga amat digalakkan untuk mempunyai insurans dan takaful kepada kekayaan kita.

Aakah ia? Sudah tentu emas dan perak! Bawa lah emas dan perak mana-mana negara, ianya laku dan diterima. Apabila berlaku ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik, apakah yang menjadi pilihan utama pelabur dan negara satu dunia? Sudah pasti emas dan perak!

 

 

To save your family buy gold,
To help our nation buy gold,
To follow your relegion, use gold

 

.

 

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

 

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

6 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB DAPATKAN BUKU EMAS INI

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Kongsikan link channel telegram ini kepada orang lain. Agar lebih ramai dapat manfaat untuk perkongsian EMAS & TIPS KEWANGAN

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin