“Seronoknya kau selalu bercuti ke luar negara”

“Bestnya kau dapat naik kereta import mewah ni”

“Wahh… banyaknya rumah kau beli sampai lima buah!”

***

 

Bila kau nampak kawan kau dalam kehidupan yang selesa. Kau tentu akan kagum dan teruja.

Tapi kau tak tahu dia telah korbankan sedikit zaman muda dia untuk berhibur. Dia dah tangguhkan segala kehendak dia buat seketika.

Orang tak nampak apa pengorbanan yang dia lakukan dulu. Orang tak nampak suka duka yang pernah dia lalui. Apa yang orang nampak hanya kejayaannya pada hari ini.

Kau nak tahu apa rahsia mereka? Jom baca. Dah baca boleh SHARE untuk kita semua berjaya. 😊

 

***

 

1. Menguruskan Wang Dengan Baik

Tidak kiralah apa pun kerja kau sama ada kau bekerja sebagai kejuruteraan pam minyak ataupun kejuruteraan cashier, kau mestilah sudah mahir menguruskan hal ehwal kewangan sendiri. Kau dapat bezakan yang mana kehendak dan keperluan. Kau tahu aliran keluar masuk wang kau. Tidaklah bila dapat gaji, duit kau terus pupus tak tahu ke mana.

Buat bajet kewangan. Bila dah dapat gaji, rancang apa yang perlu dibayar, apa yang perlu dibeli dan sebagainya. Barulah kewangan kau akan lebih terurus.
.

 

2. Mempunyai Sumber Pendapatan Kedua

Zaman sekarang ni satu sumber pendapatan mungkin tidak mencukupi. Cuba lah cipta pendapatan kedua. Contohnya buat dropship, ejen takaful, ejen Affiliate ataupun jual online.
.

 

3. Mempunyai Tabung Simpanan

Mempunyai beberapa tabungan. Buatlah tabung simpanan, tabung kecemasan, tabung pelaburan, tabung umrah, tabung percutian dan pelbagai tabung untuk kegunaan kau. Tabung/dana kecemasan ini sangat penting di saat kau menghadapi ujian atau masalah. Sediakan tabung kecemasan sekurang kurangnya 3-6 bulan gaji kau.

Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan kau. Kalau kau tak dapat simpan banyak, cubalah simpan dengan nilai yang sedikit terlebih dahulu. Asalkan menyimpan.
.

 

4. Membeli Aset Hartanah Di Usia Muda

Aset hartanah semakin tahun harga semakin naik. Kau setkan minda untuk membeli rumah di usia yang muda. Rumah mahal? Tak mampu simpan untuk deposit rumah? Teruskan menggali ilmu hartanah ni. Jangan duk main Facebook je.
.

 

5. Mulakan Melabur

Melaburlah dengan bijak. Jauhi skim cepat kaya, skim yang membawa keuntungan cepat. Realiti kekayaan tiada jalan pintas. Kalau berjaya kaya cepat pun, tak kekal lama. Banyak pelaburan di Malaysia yang dijamin kerajaan. Contohnya ASB. Simpan di Tabung Haji pun boleh juga asalkan tetap dan berterusan dan menyimpan lebih daripada 10% gaji setiap bulan.
.

 

6. Tangguhkan Kehendak

Jika diikutkan kehendak yang menggunung tu, sampai bila tak habis. Selalu ada je barang nak dibeli. Ada je barang nak tukar baru. Utamakan keperluan dahulu sebelum membeli kehendak.
.

 

7. Memiliki Kenderaan Bersesuaian Dengan Kemampuan Gaji

Beli kereta tak salah. Yang salah adalah membeli kereta tidak sepadan dengan gaji. Gaji ciput tapi beli Honda City susah la. Habis separuh gaji buat bayar ansuran kereta. Nak makan pun duk pinjam kawan. Makan megi takpe, janji kunci kereta ada huruf H. Kalau kau baru bekerja, beli dulu kereta tempatan yang mampu milik.
.

 

8. Belanja Mengikut Kemampuan

Ukur baju di badan sendiri. Tak perlu bergaya hidup mewah sekadar nak menunjuk ke kawan-kawan kau. Padahal dalam bank kau simpanan tak sampai empat angka pun. Just be yourself. Belanja dan bergaya ikut kemampuan kau.
.

 

9. Bebas Daripada Membuat Hutang Jahat

Kau kena bijak memilih untuk berhutang. Kau tak perlu nak berhutang demi perkahwinan yang gilang gemilang, kau kena bijak menolak hutang iPhone 7, kau tak buat hutang sofa dekat Courts. Jauhi hutang peribadi untuk perkara-perkara yang tidak penting.
.

 

10. Banyakkan Sedekah

Bersedekah tak akan buat kau jadi miskin. Kalau kau sedekah RM100 mungkin Tuhan akan gantikan kau lebih daripada nilai yang kau sedekahkan tu. Mungkin bukan berbentuk dalam wang tapi daripada segi kesihatan, orang selalu belanja kau makan dan sebagainya.
.

***

 

Pengorbanan kau hari ini adalah untuk kejayaan dan kesenangan kau di masa depan. Kau bersusah-sudah dahulu, bersenang-senang kemudian hari. Kau tanam pokok hari ini untuk kau dapatkan hasilnya nanti.

Lagi 5-10 tahun mendatang. Kau akan senyum nipis. Rasa puas dan bangga dengan segala pengorbanan kau dulu. Kau balik kerja penat pun, kau duk dalam rumah kau sendiri. Bukan rumah sewa. TV dan sofa pun milik kau, bukan masih duk bayar ansuran tiap-tiap bulan.

Yang penting kau kena ada target dan matlamat yang jelas. Barulah kau boleh merancang kau punya pelan tindakan. Jangan berada ditakuk yang sama dan malas nak belajar benda baru.

Selepas 10 tahun, kau nak jadi orang yang miliki kehidupan yang baik ataupun kau hanya nak jadi orang yang duk kagum dengan kejayaan kawan-kawan kau? Keputusan di tangan kau. Kah!

SHARE l TAG jika bermanfaat 😊

[ASY]

Kredit Facebook AmirSyahir
#NotaKewanganASY

 

.

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

 

 

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

 

 

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

 

.

 

“MENYELONGKAR RAHSIA KEKAYAAN DENGAN EMAS”

 

Sudah menjadi lumrah, apabila kita ingin berjinak-jinak didalam sesuatu perkara, sudah pasti kita ingin dapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

Begitu juga dengan emas!

Dapatkan ilmu sebelum pergi lebih jauh.

Sekiranya anda ingin dapatkan jawapan didalam perniagaan, simpanan, dan pelaburan emas, maka buku ini adalah yang paling sesuai buat anda!

Untuk tempahan buku, boleh klik link whatsapp dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS

 

Untuk tempahan buku, boleh klik link whatsapp dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS

 

SANTAI & TERSUSUN

Bahasa yang mudah difahami hinggakan orang yang jarang membaca buku pon boleh habiskan bacaan di buku emas ini.

Jika anda mencari maklumat emas yang tersusun di dalam satu buku, maka “MENYELONGKAR RAHSIA KEKAYAAN DENGAN EMAS” adalah jawapannya.

Pemuda ini belum habiskan buku ini tapi sudah bertanyakan jikalau ada NASKAH KEDUA.

Terima kasih wahai para pembaca.

Kami harap kalian “ENJOY” membaca buku ini sambil minum kopi

🙂

 

Klik disini; 6 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB DAPATKAN BUKU EMAS INI

 

Untuk tempahan buku, boleh klik link whatsapp dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS

 

.

 

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Kongsikan link channel telegram ini kepada orang lain. Agar lebih ramai dapat manfaat untuk perkongsian EMAS & TIPS KEWANGAN

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Anda juga boleh hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin