Dengarlah nasihat ini. Bacalah keseluruhan artikel ini dengan hati yang lapang.

 

1. Sembilan dari 10 rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan.

2. Tujuh dari 10 pencarum berusia 54 tahun mempunyai caruman KWSP tidak sampai 50,000.

3. Kadar hutang isi rumah (household debt to GDP) ialah 88.5% (2016).

4. Sebanyak 27.9% kes muflis berpunca dari hutang beli kenderaan, 20.4% disebabkan hutang peribadi.

5. Sebahagian besar kes muflis melibatkan warga bandar besar Selangor dan Wilayah Persekutuan; Melayu kaum terbesar dengan 48.4%.

6. Angka-angka ini menunjukkan kepada satu arah iaitu kita tidak mempunyai pendapatan mencukupi, tidak membuat simpanan dan mudah terperangkap dengan muflis.

7. Saya sarankan kita fokus kepada pengukuhan kewangan peribadi. Selain kerja (jika bekerja), kita harus usahakan pendapatan kedua (buat bisnes sambilan).

8. Kedua, hidup simple dan tanpa ropol. Usah beli barangan berjenama, atau makan di restoran makanan segera yang mahal. Cukup ala kadar. Biarlah orang perlekeh, usah malu bawa bekal di tempat kerja.

9. Ketiga, usah berhutang terutama bagi perkara seperti kenduri kahwin, menukar kenderaan baru, beli handphone, melancong (dan haji / umrah), dan pengubahsuaian rumah / perabot mewah. Ikat perut.

10. Keempat, walau bagaimana perit sekali pun, simpan sekurang-kurangnya 10% gaji bersih setiap bulan.

11. Dan akhir sekali, kelima, usah terpengaruh dengan “kemewahan” hidup sahabat-sahabat Facebook. Orang yang sering memperagakan kemewahan di media sosial ialah mereka yang inginkan pengiktirafan kepada kemewahan yang mereka tidak miliki!

 

Kredit : Facebook En Norizan Bin Sharif

 

.

 

 

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

 

.

 

Sudah menjadi lumrah, apabila kita ingin berjinak-jinak didalam sesuatu perkara, sudah pasti kita ingin dapatkan maklumat dengan lebih terperinci. Begitu juga dengan emas!

Dapatkan ilmu sebelum pergi lebih jauh.

Sekiranya anda ingin dapatkan jawapan didalam perniagaan, simpanan, dan pelaburan emas, maka buku ini adalah yang paling sesuai buat anda!

“MENYELONGKAR RAHSIA KEKAYAAN DENGAN EMAS”

Klik disini; 6 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB DAPATKAN BUKU EMAS INI

Untuk tempahan buku, boleh klik link whatsapp dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS

 

.

 

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Kongsikan link channel telegram ini kepada orang lain. Agar lebih ramai dapat manfaat untuk perkongsian EMAS & TIPS KEWANGAN

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Anda juga boleh hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin