Banyak Duit.Mempunyai banyak duit dan dapat hidup senang, bahkan menjadi kaya tentunya menjadi impian semua orang.

Paling tidak, anda tentu berhadap agar kehidupan anda sudah berada di tahap yang anda harapkan. Pendidikan tinggi, kerjaya yang bagus serta gaya hidup yang mencukupi adalah sebahagian daripada perkara tersebut.

Sebenarnya, masih belum terlambat untuk anda hidup dengan banyak duit. Tetapi, ada yang perlu anda berikan perhatian kerana terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu masih belum punya banyak duit.

 

5 Faktor Anda Belum Banyak Duit

1. Anda telah menghabiskan duit yang sebenarnya boleh membuatkan anda punya banyak duit! Perasaan anda tentu seronok ketika dapat membeli barang-barang yang mahal seperti jam tangan berjenama, pakaian yang mahal, kereta mewah ataupun bercuti ke luar negara.

 

 

Tahukah anda adakalanya anda berbelanja seolah-olah anda orang kaya. Anda juga mungkin telah membeli barang-barang mahal yang tidak diperlukan. Anda mungkin masih memiliki gaya hidup yang tidak seimbang dengan kemampuan kewangan anda. Jadi, macam manalah anda nak banyak duit dan menjadi kaya jika sebegitu sikap anda.

 

.

 

2. Anda tidak mempunyai perancangan, sedangkan tanpa perancangan yang jelas seperti tujuan jangka pendek dan panjang, rasanya menjadi kaya dan punya banyak duit hanya akan kelihatan seperti sebuah fantasi yang tak akan terjangkau. Selain itu, untuk menjadi banyak duit dan kaya, sikap menabung perlu sentiasa dimiliki.

 

.

 

3. Anda tidak mempunyai dana kecemasan atau darurat. Biarpun anda tahu kepentingan tabung ini, namun ia bukanlah mudah untuk dilakukan. Untuk menjadi seorang yang banyak duit, anda sebenarnya perlu mewujudkan tabung darurat ini. Ia sangat penting di saat-saat anda sedang terdesak oleh sesuatu yang tidak terduga seperti kehilangan pekerjaan, masalah kesihatan dan sebagainya.

 

.

 

4. Terlambat memulakannya, sedangkan soal menabung adalah sesuatu yang sangat penting untuk anda lakukan pada setiap bulan. Jika setiap bulan anda tidak menabung sudah pasti jalan untuk anda menjadi kaya atau banyak duit semakin sukar. Semakin cepat anda memulakan kebiasaan untuk menabung, maka semakin cepat pula peningkatan potensi anda untuk punya banyak duit.

 

.

 

5. Anda lebih suka mengeluh jika dibandingkan melakukan sesuatu.Mengeluh memang mudah dan kalau dah banyak sangat mengeluh, ia jadi tak baik. Mengeluh tanpa berusaha untuk melangkah atau menuju ke arah yang lebih baik tidak bermakna juga. Malahan ia boleh membuatkan anda jadi berputus asa.

Jadi, cubalah untuk meninggalkan tabiat mengeluh dan mulakan komitmen untuk berbuat sesuatu yang mampu membuat kehidupan anda lebih bermakna dan punya banyak duit.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan ya!

KREDIT : http://www.wom.my

 

.

 

SATU CARA YANG MEMBANTU ANDA DISPLIN DALAM MENYIMPAN

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

 

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Kongsikan link channel telegram ini kepada orang lain. Agar lebih ramai dapat manfaat untuk perkongsian EMAS & TIPS KEWANGAN

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin