Masalah Kewangan. Ramai yang mengambil mudah soal mengurus kewangan. Anda bagaimana pula?Adakah anda berhadapan dengan masalah kewangan?

Dalam keadaan sekarang yang mana kos sara hidup tinggi, semakin ramai orang merasakan semakin sukar untuk mengatur kewangan peribadi dan keluarga. Akhirnya ramai yang terbelit dengan hutang piutang.Tambahan pula dengan gaya hidup moden masa kini menjadikan masalah kewangan yang dihadapi menjadi semakin parah.

 

Berikut beberapa tips yang boleh anda praktik bagi anda yang berhadapan dengan masalah kewangan peribadi dan keluarga anda:

1. Hasil Pendapatan Tetap

Anda perlu catat hasil pendapatan tetap anda. Biasanya yang akan masuk ke dalam hasil pendapatan tetap ini adalah gaji,faedah daripada simpan dan sebagainya. Anda yang perlu catat pendapatan rutin yang pasti anda dapatkan setiap bulannya.

Hindari memasukkan pendapatan yang tidak pasti atau tidak rutin dalam anggaran anda. Membuat perancangan berdasarkan sumber pendapatan yang tidak pasti boleh membuatkan anda terjerat dengan hutang piutang.

.

 

2. Susun Anggaran Perbelanjaan

Membuat anggaran perbelanjaan sebenarnya tidaklah sesusah mana.Salah satunya adalah dengan membuat jadual pendapatan tetap yang diterima dan jumlah pengeluaran.Anda perlu menjaga jadual pengeluaran dan pastikan ia tidak melebihi jumlah pendapatan anda. Dengan membuat angggaran perbelanjaan sudah pasti hidaup anda jadi lebih tenang dan bahagia.

 

3. Kawal Jumlah Pengeluaran

Menyusun jadual pengeluaran tidak semudah membuat jadual hasil pendapatan tetap. Anda boleh melihat sama ada anda boros berbelanja ataupun tidak dengan adanya jadual perbelanjaan tersebut. Untuk setiap pengeluaran atau pembelian, pastikan anda membuat perhitungan antara nafsu berbelanja dan skala pioriti. Jika anda mendapati jumlah pengeluaran anda lebih besar atau sama banyak dengan pendapatan, bermakna anda boleh menunda atau menyingkir apa yang tidak sepatutnya anda beli.

 

.

 

4. Menabung

Salah satu yang paling penting dalam jadual pengeluaran anda adalah menabung. Meskipun ada yang mungkin tidak menganggap menabung sebagai pengeluaran, ia sebenarnya satu langkah bijak kerana anda boleh menganggarkan sebahagian hasil pendapatan tetap anda pada setiap bulan itu untuk keadaan darurat atau tujuan khusus. Sekurang-kurangnya 5 peratus hasil pendapatan anda telah dipotong untuk menabung. Jika tidak, anda perlu membuat langkah-langkah yang keras. Singkirkan kegunaan kad kredit dan cuba atur kembali gaya hidup anda dan pertimbangkan keperluan hidup anda yang sebenarnya

 

.

 

5.  Berhutang

Ramai orang berfikir bahawa berhutang mampu menyelesaikan masalah kewangan.Hutang yang tidak terkawal boleh menggagalkan anda untuk hidup sesuai dengan pendapatan Anda.Jenis hutang tertentu memang boleh menjadi aset. Misalnya hutang jangka panjang untuk pembelian aset seperti rumah yang nilainya terus meningkat dapat bermanfaat.

Sebaliknya, hutang kad kredit yang digunakan untuk membiayai kehidupan sehari-hari boleh menjadi malapetaka dalam kehidupan. Memanglah penggunaan kad kredit boleh dapat memudahkan hidup anda, namun jika tidak berhati-hati ia boleh menjerat diri dengan beban tagihan bunganya!

 

.

 

Kesimpulan

Selain itu, anda perlu merancang kewangan anda dengan baik.Menyusun anggaran dan melaksanakannya merupakan salah satu saranan yang dapat membantu anda untuk mengatasi masalah kewangan.

Hindari hutang, dan jika anda sudah memiliki hutang kad kredit, segera langsaikanya. Selalu menyisihkan hasil pendapatan anda untuk menabung atau menyimpannya di dalam bank. Insya-Allah, anda boleh mengatasi masalah kewangan anda itu.
Kredit : http://www.wom.my

 

.

SALAH SATU CARA PENYELESAIAN

 

 

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Kongsikan link channel telegram ini kepada orang lain. Agar lebih ramai dapat manfaat untuk perkongsian EMAS & TIPS KEWANGAN

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin