Tuhan biasanya menemukan seseorang untuk melengkapkan hidup kau. Jika kau jenis gila modified kereta je manjang, pasangan kau mesti bijak menguruskan kewangan.

Jika pasangan kau duk gila beli baju online, baju dua almari lepastu boleh kata takde baju nak pakai lagi, kau pula mesti power kawal kewangan. Simple.

Kalau dua-dua ada kesedaran tu untung lah. Rezeki tu. Semakin cepat korang boleh capai kebebasan kewangan.

Jadi, apa yang kau boleh buat untuk ajar dan bagi kesedaran kepada pasangan kau tentang pengurusan kewangan?
.
.

1. Ajar Cipta Matlamat Kewangan

Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya, hendak membuat simpanan sebanyak RM600 dalam sebulan. Jadi, kena simpan RM20 setiap hari. Bila dah capai apa yang dibuat, ia akan rasa semangat nak menyimpan lebih lagi.
.

2. Ajar Simpan Sebelum Berbelanja

Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Sekurang-kurangnya 10% daripada gaji. Contohnya dia bergaji RM2000. Kau ajar dia untuk simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 sebulan.

Jika membelanjakan semua pendapatan terlebih dulu dan ada lebih baru simpan, tu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang.

Ajar dia gunakan formula ini:

Pendapatan – Simpanan = Belanja


.

3. Ajar Supaya Tangguhkan Kehendak

Jika si dia menggelupur nak IPhone 7, korang banyakkan azan di telinga dia. Korang ingatkan dia tu dah la ada PTPTN tertunggak. Ajar dia supaya ada tabiat delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan.

Tangguhkan seketika. Simpan duit dan belilah. Harga pun makin turun. Dah jimat berapa dah.


.

4. Ajar Supaya Berbelanja Dengan Bijak

Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan. Buat group Telegram korang berdua. Segala perbelanjaan tulis situ. Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan membandingkan harga. Beli masa promosi atau dengan harga borong. Buat senarai barang yang nak dibeli, takde lah korang dua tiga kali ke pasar raya.


.

5. Ajar Tentang Keperluan vs Kehendak

Keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan.

Kehendak ni macam nak kereta mewah, telefon canggih, iPhone 7, travel luar negara ataupun lepak minum setabak. Ramai pasangan tidak tahu beza antara keperluan dengan kehendak.


.

6. Ajar Tentang Risiko Kewangan

Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan dan juga tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit. Jadi, tak perlu guna kalau dia jenis yang boros.

Ajar dia untuk mengenali penipuan skim cepat kaya dan MLM haram. Kalau dia banyak hutang apa jadi. Terangkan tentang CCRIS. Kalau dia tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.


.

7. Ajar Tentang Pelaburan Yang Bijak

Ajar dia tentang pelaburan yang senang seperti melabur di ASB dan Tabung Haji disebabkan unit berharga tetap. Jadi, korang tidak akan rugi.

Bila tengok duit makin bertambah dan membiak, keseronokan tu ada. Rasa sayang nak belanja sakan.

***

Itulah sedikit sebanyak yang kau boleh ajarkan pada pasangan kau tentang pengurusan kewangan yang lebih bijak.

Jika pasangan kau ada masalah kewangan, bukan dia je terbeban. Kau pun akan terbeban sama juga. Jadi, sama-sama belajar ke arah menguruskan kewangan yang lebih baik.

Nak lebih lagi kalau ada seminar ke, pergi dengan dia. Ajak dia sekali. Golongan macam ni memang tak nak baca buku tentang pengurusan kewangan dah. Benda yang gua tulis ni pun merungut kata panjang. Apa yang kau boleh buat ialah belajar melalui teladan. Kah!

SHARE l TAG Insan Yang Tersayang 😊

[ASY]

Kredit artikel dari Facebook #AmirSyahir
#NotaKewanganASY

.

Tambahan : Simpanan Syiling Emas

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin