Duk melepak di kedai kopi sambil merungut mengenai keadaan ekonomi semasa ke tu?

Sudah-sudah la tu. Masalah tak akan selesai jika kau duk merungut je. Semakin hari, kau merasakan hidup semakin perit. Semua harga barang naik. Sikit-sikit duit. Semuanya perlukan duit.

Apa kata kau cuba belajar mengubah gaya hidup. Cara pemikiran kau kena berubah seiringan dengan cabaran ekonomi semasa. Pehh. Ayat aku mengalahkan menteri kewangan.

 

***

 

Okay lah, antara cara yang kau boleh buat ialah;

 

1. Simpan Sebelum Berbelanja

Dapat gaji terus simpan 10% daripada gaji. Kira ni sebagai reward kepada diri sendiri la. Kalau tak simpan banyak pun, simpan sedikit pun okey. Simpan 50 ringgit sebulan jadilah asalkan jangan tak simpan langsung.
.

 

2. Buat Bajet Dan Ikut

Korang jangan nak bajet kacak dan cantik je. Bajet perbelanjaan kena buat juga. Dah ada bajet perbelanjaan kena lah ikut. Jangan buat hiasan je. Barulah kau tahu ke mana duit gaji kau telah pergi.
.

 

3. Hobi Mahal

Ini masalah terbesar anak muda. Selalu nak nampak bergaya dan up-to-date. Pergi travel sana sini, lepak kedai kopi mahal, kedai hipster semua tu. Ambil gambar letak dekat Insta. Senyum keriangan. Tapi dekat dinding Fesbuk merungut harga barang semakin mahal. Kalau tiap bulan asyik pinjam duit kawan je, tak perlu nak ada hobi mahal sangat lah.

Jika hobi mahal kau adalah MENYIMPAN EMAS DAN PERAK – teruskan!
.

 

4. Mulakan Melabur

Jika disimpan dekat bank, dividen tahunan hanya 3% macam tu. Baik melabur. Korang boleh mulakan dengan simpan di Tabung Haji, melabur di unit amanah, ASB Financing ataupun membeli emas.


.

 

5. Hidup Di Bawah Kemampuan

Ukur baju di badan sendiri. Ini tidak, orang nak buat kenduri 10 khemah kau nak buat 15 khemah. Orang beli kereta besar, kau nak beli kereta kebal, orang nak bercuti dalam negara kau nak bercuti di luar negara. Kau ni pehal? Pesen tak nak kalah. Lepas tu mula lah nak buat pembiayaan peribadi. Gali lubang tutup lubang.
.

 

6. Tempoh Bertenang

Jika korang nak beli sesuatu yang mahal, fikir-fikirkan dulu. Adakah ia penting untuk dibeli terus? Korang rileks je dulu. Bawa berbincang dengan keluarga dulu. Kalau boleh janganlah berhutang sampai nak beli sesuatu. Beli sofa misalnya. Harga asal RM4500 tapi kalau bayar ansuran mungkin harga jadi RM5500. Simple.
.

 

7. Keperluan vs Kehendak

Hidup mesti tahu bezakan antara kehendak dan keperluan. Jangan ikut hati sangat. Makan itu satu keperluan tetapi kalau makan kat kedai hipster je setiap minggu, tu dah jadi satu kehendak. Sekali sekala takpe la. Ini tiap-tiap minggu, payah jugak.

Tak salah kalau kau nak beli itu ini kalau kau mampu dan tak merungut dengan keadaan ekonomi semasa.

 

***

 

Kalau hidup semakin menyempit disebabkan kenaikan harga barangan, kau kena berusaha mengubah ekonomi sendiri. Dengan hanya merungut, mengata sesuatu pihak tidak akan mengubah sesuatu keadaan.

Takde sesiapa yang boleh ubah tahap kewangan hidup kau melainkan diri kau sendiri. Jadi, apa tunggu lagi? Takkan masih nak berada di tahap yang lama. Ayuh mulakan langkah dengan segera. Biar lambat bermula daripada tidak melakukan sebarang tindakan. Kah!

[ASY]

#NotaKewanganASY

Kredit Facebook Amir Syahir

 

.

 

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

 

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

 

 

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

 

.

 

“MENYELONGKAR RAHSIA KEKAYAAN DENGAN EMAS”

 

Sudah menjadi lumrah, apabila kita ingin berjinak-jinak didalam sesuatu perkara, sudah pasti kita ingin dapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

Begitu juga dengan emas!

Dapatkan ilmu sebelum pergi lebih jauh.

Sekiranya anda ingin dapatkan jawapan didalam perniagaan, simpanan, dan pelaburan emas, maka buku ini adalah yang paling sesuai buat anda!

Untuk tempahan buku, boleh klik link whatsapp dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS

 

Untuk tempahan buku, boleh klik link whatsapp dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS

 

SANTAI & TERSUSUN

Bahasa yang mudah difahami hinggakan orang yang jarang membaca buku pon boleh habiskan bacaan di buku emas ini.

Jika anda mencari maklumat emas yang tersusun di dalam satu buku, maka “MENYELONGKAR RAHSIA KEKAYAAN DENGAN EMAS” adalah jawapannya.

Pemuda ini belum habiskan buku ini tapi sudah bertanyakan jikalau ada NASKAH KEDUA.

Terima kasih wahai para pembaca.

Kami harap kalian “ENJOY” membaca buku ini sambil minum kopi

🙂

 

Klik disini; 6 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB DAPATKAN BUKU EMAS INI

 

Untuk tempahan buku, boleh klik link whatsapp dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS

 

.

 

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Kongsikan link channel telegram ini kepada orang lain. Agar lebih ramai dapat manfaat untuk perkongsian EMAS & TIPS KEWANGAN

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Anda juga boleh hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin