Zaman serba canggih ni, serba serbi nak guna duit. Masuk tandas pun kena bayar. Kalau kau tak pandai uruskan kewangan, memang kau tak dapat nak menyimpan. Tapi itu bukan alasan untuk kau tak menyimpan.

Kau kena la usaha. Cari cara macam mana nak menyimpan. Jom baca 7 cara macam mana nak tingkatkan tabung simpanan :

 

1. Analisa Kewangan Peribadi

Kau analisa balik perbelanjaan bulanan sebelum ni. Selidik dekat mana kebocoran wang berlaku. Berapa kos sara hidup, berapa belanja makan sebulan. Berjimat cermat dan potong perbelanjaan yang tak patut.
.

 

2. Do It Yourself

Buat sendiri kalau kau rasa boleh buat. Basuh baju sendiri tak perlu pergi dobi. Rasa nak minum kopi mahal pergi beli kopi paket kat pasar raya tu. Tak payah pergi kedai kopi hipster. Fikir dulu, boleh tak kau buat sendiri sebelum upah orang ataupun guna perkhidmatan orang lain.
.

 

3. Buat Perbandingan

Tak boleh belanja sesuka hati. Belanja apa yang perlu je. Kemahiran membezakan antara keperluan dengan kehendak itu penting. Tengok harga dan buat perbandingan dulu sebelum beli barang. Biasanya barang laris dan mahal akan diletakkan di paras mata kau.

Jadi, kau boleh tengok bahagian bawah sikit. Ada je banyak barang bagus, cuma jenama buat dia jadi mahal. Barang mahal tak semestinya bagus dan barang bagus tak semestinya mahal.
.

 

4. Jangan Berhutang Yang Tidak Perlu

Jangan berhutang jika tak penting. Macam nak beli telefon misalnya. Kau tapayana berhutang la. Kalau boleh beli secara tunai. Kumpul duit sikit-sikit nak beli kehendak tu.
.

 

5. Kurangkan Makan Di Luar

Kalau rajin elok makan dekat rumah je. Masak sendiri. Beli ayam segar boleh makan dua hari. Paling senang goreng telur dan masak nasi. Lepas tu upgrade sikit masak ayam goreng. Lama-kelamaan kau dah pandai masak sup, tomyam dan ayam pedas.
.

 

6. Hidup Di Bawah Kemampuan

Hidup di bawah kemampuan ni bukan buat diri kau hina puh. Biarlah pergi pasar raya pakai selipar pun. Biarlah pakai baju bundle pun. Asalkan semua selesa. Jangan ikut sangat arus perdana anak muda tu. Pakai Honda Civic Type R bagai tapi simpanan RM2K pun takde.
.

 

7. Mulakan Pelaburan

Mulakan melabur 10% daripada duit kau di tempat yang sesuai. Boleh melabur di Tabung Haji, Amanah Hartanah Bumiputera, Amanah Saham Bumiputera ataupun unit amanah yang lain.

 

“Tak payah nak “August Please Be Nice To Me” bagai la kalau tiap bulan kau beli baju secara online serupa tak pernah ada baju. Tiap bulan nak modified kereta”

 

Macam golongan berdarah hipster ni, dorang tak kisah pun tabung simpanan dorang banyak mana. Asal dapat gaji je, habis berbelanja sesuka hati. Menyimpan langsung tak.

Ada golongan gegadis hipster, warna beg, tudung mesti sama dengan kasut. Kemain nak matchingnya. Kalau mampu aku tak kisah, ini pinjam duit kawan nak bergaya. Kepuasan hidup apa kalau macam tu.

Up gambar makan mewah dekat Instagram tapi dekat Facebook mengadu tak cukup duit. Kecam kerajaan kenapa tak buat pinjaman pelajaran percuma. Marah PTPTN sebab nama disenarai hitam. Hanya nak menunjuk saja kan. Padahal kau bukan banyak duit pun.

Apa-apa pun, ilmu itu penting. Baca sikit mengenai pengurusan kewangan. Biar tahu apa itu aset dan liabiliti. Ini duk baca novel je. Baca fakta anak bongsu la, baca pasal artis kahwin la. Pesen suka baca yang tak berfaedah. Kah!

SHARE l TAG jika bermanfaat 😊

[ASY]

Kredit Facebook : #Amirsyahir
#NotaKewanganASY

 

.

SYILING EMAS 1G 2017 VERSI 60 TAHUN MERDEKA

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

SYILING EMAS 1G 999.8 TAHUN 2017

Untuk pengetahuan anda semua, kami amat titik beratkan kualiti pembuatan syiling emas anda. Oleh itu semua syiling emas yang kami keluarkan adalah dengan kualiti tertinggi bagi syiling emas iaitu kualiti proof coin.

Proof coin bermaksud proses tempaan syiling ini mengambil kira faktor kualiti akhir dimana mempunyai ciri-ciri kilatan (mirror image) pada syiling tersebut. Selain itu, image diatas syiling emas tersebut timbul mengikut berat emas tersebut. Tekanan untuk proses tempaan proof coin adalah 2 kali ganda berbanding tempaan biasa.

Jika anda ingin maklumat lanjut, boleh terus klik link whatsapp dibawah dan insyaAllah kami akan hubungi anda untuk proses selanjutnya.

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin