Jika kau tak pandai menguruskan kewangan dengan bijak, kau mungkin akan terjerumus dengan beban hutang. Memang tak nampak sekarang, tapi kesannya lagi 5-10 tahun akan datang.

Bila kau dah berkeluarga, ada anak-anak nanti barulah kau rasa duit laju je keluar. Masa tu hutang dah keliling pinggang. Mula la pening kepala nak bayar hutang sana sini.

Kau tak boleh salahkan orang lain. Kau tu yang kena berubah. Jangan nanti kemain duk update gambar dekat IG pergi Maldives, Hawaii, Bali, Lombok bagai. Tapi hutang bersepah. Kawan minta bayar hutang pun kau buat-buat lupa.

Yang dah lama bekerja boleh baca juga. Semak balik mana yang kurang okay. Antaranya;
.
.

1. Analisa Kewangan Sendiri

Analisa dan kaji selidik dulu berapa simpanan kau mampu buat tiap bulan. Apa? Tak tahu duit hilang ke mana? Kadang dapat simpan RM100, kadang dapat simpan RM200? Cian. Itu sebab kau perlukan bantuan ‘force saving’. Buatlah potongan tetap ke Tabung Haji daripada akaun gaji korang ataupun buat ASB Financing.
.

 

2. Pastikan Buat Tiga Komponen Utama

i. Tabung kecemasan: 3-6 bulan pendapatan. Lagi banyak lagi bagus.
ii. Takaful: Pastikan ada medical card untuk lindungi kau dan tampung kos perubatan.
iii. Pelaburan: Melabur di tempat yang dijamin selamat oleh kerajaan. Jauhi sebarang skim cepat kaya dan MLM.
.

 

3. Kehendak VS Keperluan

Masih ramai lagi yang tak tahu bezakan antara keperluan dan kehendak. Secara ringkasnya kita perlukan makan dan minum. Tapi tiap minggu kau makan tempat hipster tu dah kenapa? Perut kau perut orang Itali ke? Dah la makan mahal, tak kenyang pulak tu. Kau tak pe la kenyang dengan Likes je dah okay. Kau kena tahu perbezaan belanja untuk sara hidup dengan gaya hidup. Jangan kau sengsara nanti sebab gaya hidup.
.

 

4. Jangan Buat Kesilapan Ini

i. Hutang kad kredit
ii. Hutang kereta
iii. Hutang pembiayaan peribadi

Anak muda yang dilaporkan muflis disebabkan tiga perkara di atas. Jadi, fikir masak-masak kalau kau nak buat tiga perkara tersebut. Hutang tersebut kalau kau tak mampu kawal, kau akan merana.

Kalau pandai manipulasikan kad kredit untuk bayaran bil utiliti, petrol, membeli barang keperluan boleh saja. Belilah kereta biar padan dengan gaji. Tak perlu buat pembiayaan peribadi untuk beli barang mengikut kehendak kau yang menggunung tu.

 

Syiling Emas Harimau Mint Gold sempena 60 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA.

Berat : 1 gram
Kualiti : Syiling pruf
Ketulenan : Emas 999.9
Jenis : Syiling Emas 2017 V.2
Pengesahan ketulenan : KL Assay (M) Sdn Bhd

 

.

 

5. Buat Bajet

Hari cuti atau hari minggu cuba kau kira berapa komitmen kau dan peruntukan belanja tiap bulan. Buat bajet sendiri. Pastikan kau boleh ikut dan realistik sikit. Senang kau urus dan tahu ke mana kau nak belanjakan.
.

 

6. Tutup Kebocoran Wang

Biasanya, kau tak sedar kebocoran wang kau berlaku. Sarapan sampai habis RM30. Padahal bawa bekal ke pejabat lagi jimat kan. Kau dah ada bajet RM200 untuk hiburan. Jangan biarkan bajet tersebut lebih daripada RM200. Jika lebih, ganti balik bulan depan. Duduk je rumah bila terlebih belanja.

 

.

 

7. Analisa, Kawal Dan Monitor

Jika kau sudah analisa, mengawal, kau juga perlu monitor kewangan kau. Sebab perbelanjaan tiap bulan selalu berubah. Yelah, kau kan ada makwe high maintenance. Kereta import mewah pun nak tukar sport rim dan hisap vape pulak tu. Jadi, kau kena monitor lah kau boleh ikut ke tak dengan bajet yang kau buat tu.

 

Simpanan Emas mengawal kebocoran

 

***

 

Kau pun tahu, tapi nak laksana tu memang susah kalau kau tak berdisiplin. Kau kena pandai kawal kewangan kau yang ciput tu dulu baru kau boleh kawal kewangan yang beribu-ribu satu hari nanti.

Ingat sifir mudah pengurusan kewangan, dapat gaji, simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji dan barulah berbelanja. Cuba kumpul duit untuk beli kemahuan. Jangan kacau duit simpanan.

Kau masa muda ni orang nasihatkan tak nak dengar. Pergi beli kereta mahal-mahal. Makan kat tempat hipster untuk update IG bagai. Pergi travel guna pembiayaan peribadi. Lepastu mula la nak menyesal. Kah!
.
.

 

Pssstt.. SHARE lah jika manfaat. Dijamin tiada caj GST dan caj ikat tepi. Kakakaka.

[ASY]

Artikel ini ditulis oleh En Amir Syahir FB = #AmirSyahir
#NotaKewanganASY

 

 

 

.

SYILING EMAS PERINGATAN SEMPENA 60 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA

.

Klik sini : PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

 

Hubungi EJEN berhampiran anda

ATAU

WHATSAPP HOTLINE HMG : +60193106304

Klik link Whatsapp dibawah untuk lebih cepat.

https://api.whatsapp.com/send?phone=60193106304 ]

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin