Pengurusan kewangan korang kelaut? Hancur? Barai? Rabak? Segala hutang korang dah bela? Simpanan wang takde? Buka dompet serupa tumbuk bawang? Banyak resit daripada wang dalam dompet? PTPTN tak leh nak bayar? Itu tandanya kewangan korang sedang tenat.

Ada orang gaji empat ribu, nak beli sebuah rumah pun tak lepas sebab terbeban dengan hutang. Tapi ada yang bergaji dua ribu dah ada empat buah rumah.

Semuanya sebab perancangan kewangan yang berkesan. Kau orang gaji besar pun tapi boros berbelanja tak guna jugak. Mentaliti kena mantap dulu.

Antara 7 panduan untuk membaik pulih kewangan ialah;

***

1. Hidup Di Bawah Kemampuan

Kalau dulu, setiap bulan dapat gaji mesti makan Nandos, Kenny Rogers. Lepas ni kurangkanlah. Boleh makan, takde salahnya. Tapi, janganlah sampai lupa nak menyimpan dan bayar hutang.

Jadi, berubahlah. Berjimat cermat. Tak payah mengada nak minum kopi mahal tu. Minum je air masak. Hilang dahaga jugak.
.

 

2. Buat Bajet & Ikut

Rangka bajet, tulis dan patuhinya. Tulis apa yang ingin dibelanjakan dan yang lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat. Kau perlu berdisiplin dalam berbelanja. Membuat bajet adalah langkah yang sangat penting. Barulah kau tahu ke mana wang kau pergi.
.

 

3. Tahan Nafsu Berbelanja

Ada orang menggelupur apabila tengok perkataan SALE 80%. Walaupun tak ada duit, tapi nak juga beli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Walaupun dia dah ada barang tu dan masih boleh dipakai.

Lepas beli tu, mula la rasa menyesal. Tak dapat nak bayar hutang. Duit dah habis berbelanja sakan. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak.
.

 

4. Simpanan Tetap

Bila kau simpan wang dalam akaun bank, senang nak keluarkan balik. Baik buat potongan gaji ke Tabung Haji ataupun ASB. Nak buat ASB Financing pun elok juga. Bank akan potong siap-siap daripada akaun bank kau sebagai force saving. Yang selebihnya kau berbelanja lah.
.

 

5. Pendapatan Sampingan

Tambahkan pendapatan sampingan. Contohnya, jual barang secara online, buat Uber atau Grabcar. Berhenti mengeluh tapi berpeluhlah mencari pendapatan sampingan.
.

 

6. Berhenti Buat Hutang Baru

Berhenti buat hutang baru. Jika dah ada hutang kad kredit RM5K, jangan buat hutang peribadi untuk bayar kad kredit tu. Gali lubang tutup lubang bukan caranya. Menambahkan pening kepala ada la. Jangan bertangguh bayar hutang. Rosak CCRIS nanti mula lah bising.
.

 

7. Jangan Membazir

Jauhkan diri daripada sifat membazir. Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Gaji kau bawah RM3K tapayana pakai kereta import mewah lah. Pakai kereta tempatan sudah. Telefon tu elok lagi tak perlu tukar baru. Baju nak yang berjenama je tak guna kalau bank telefon pun kau tak angkat. Guna sampai habis, pakai sampai rosak.

 

***

 

Anak muda biasanya ada hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi. Nak cepat kaya kononnya, main skim cepat kaya, main skim pelaburan emas. Sanggup buat pembiayaan peribadi untuk dapatkan modal. Tengok-tengok melingkup. Apa pun tak dapat. Senang sangat terpedaya.

Dapat dapat gaji jangan duk beli benda tak penting je. Masa zaman muda duk gilakan kereta import mewah, tukar sport rim bagai. Tiap bulan dapat gaji pergi travel. Siap beli GoPro, DSLR bagai.

Cubalah muhasabah sekejap diri tu. Tak guna gaya hidup kau mewah tapi hutang keliling pinggang. Tak guna travel sana sini tapi hutang kawan tak reti nak bayar balik.

Nak kahwin berhutang, nak beli kereta import mewah pun berhutang. Lepastu, bila masa kau nak simpan duitnya? Kah!

SHARE l TAG jika bermanfaat 😊

[ASY]

Kredit Facebook En #AmirSyahir
#NotaKewanganASY

 

.

 

TAMBAHAN : SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN MASA HADAPAN

.

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Kongsikan link channel telegram ini kepada orang lain. Agar lebih ramai dapat manfaat untuk perkongsian EMAS & TIPS KEWANGAN

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin