Sebenarnya artikel ini khas untuk pengantin baru. Walaubagaimanapon, ianya sesuai diaplikasi untuk semua golongan.

7 Panduan Urus Kewangan Secara Bijak Untuk Pengantin Baru

Musim perayaan dan cuti sekolah ni ramai yang menamatkan zaman bujang. Untuk yang baru berkahwin, tahniah aku ucapkan. Alhamdulillah korang dah masuk alam baru.

Yang pasti, alam rumah tangga ni tak boleh buat main-main dah. Tambah lagi bab kewangan. Salah urus, memang haru biru jadinya. Silap haribulan, boleh jadi gaduh kerana tak cukup duit.

Jangan kumpul duit untuk buat belanja kahwin je. Kena fikir juga perbelanjaan selepas kahwin. Jangan masa kahwin makan sedap-sedap, kek lima tingkat dah sebulan kahwin asyik makan megi je.

Berikut ada 7 panduan buat pasangan muda yang baru berkahwin :
.

 

1. Beli Rumah Yang Kecil Dahulu

Beli rumah yang selari dengan perkembangan keluarga kau terlebih dahulu. Biar kecil asalkan ada tempat untuk keluarga kau berteduh daripada kau duk menyewa sampai ke tua. Tak payah nak ikut orang. Orang beli rumah banglo, kau pun nak ikut juga. Padahal kau tak tahu berapa gaji dia sebulan.

Kalau isteri bekerja. Gaji isteri guna untuk beli rumah untuk pelaburan. Sekurang-kurangnya kau sekeluarga ada aset untuk masa hadapan.
.

 

2. Beli Kereta Yang Kecil Dahulu

Belilah kereta yang rendah harganya. Keluarga kau masih kecil, elok beli kereta kecil dulu. Myvi, Viva atau Saga misalnya. Asalkan sampai ke destinasi yang dituju dan selesa untuk isteri dan keluarga kau.

Beli kereta yang sesuai dengan pendapatan kau. Tak payah nak lawan dengan kawan-kawan yang lain. Kebiasaannya kau akan beli lebih daripada dua kereta dalam hidup kau. Kereta pertama kereta terpakai pun okay. Kereta terpakai bukan dosa.
.

 

3. Belanja Mengikut Kemampuan Kewangan

Belanja ikut ekonomi kewangan sendiri. Bila kau tengok jiran kau beli kereta baru, kau rasa nak tukar kereta baru. Bila kau tengok kawan Fesbuk kau pergi travel oversea, kau menggelupur nak pergi sama. Jangan nak berlagak kaya.

Seeloknya kau tangguh dulu kehendak dan utamakan keperluan. Kalau kau orang ada-ada takpe la. Ikut kau la nak buat apa pun.
.

 

4. Elakkan Pembiayaan Peribadi Dan Hutang Yang Tidak Perlu

Kalau boleh jangan buat pembiayaan peribadi. Kadar keuntungan bank tinggi. Melainkan hutang yang mampu mengembangkan lagi nilai bersih aliran tunai keluarga kau.

Jangan berhutang semata-mata nak beli perabot dan perkakas elektrik. Duduk bersila bukan dosa. Makan bersila pun berselera juga bila masakan isteri kau padu. Tidur atas tilam lipat sedap saja bila berdua.
.

 

5. Simpanan Untuk Masa Hadapan

Simpanan setiap bulan yang minima mengikut kemampuan kewangan secara konsisten. Bina tabung untuk masa depan, contohnya tabung pendidikan anak-anak menggunakan tools ASB Financing ataupun Tabung Haji. Tabung untuk kecemasan jangan lupa. Peruntukan juga untuk perlindungan takaful untuk kau sekeluarga. Kau tidak tahu bila kau akan ditimpa muhibah.

Simpanan untuk membina aset, simpanan untuk jangka masa sederhana dan panjang. Buat tabung berwarna hijau dan oren untuk memupuk sikap suka menabung.
.

 

6. Buat Bajet Kewangan Keluarga

Cuba buat bajet kewangan setiap bulan. Baru kau tahu ke mana aliran wang kau pergi. Bajet kewangan penting untuk kau mengatur kewangan keluarga kau. Senaraikan barang nak beli, semasa mahu ke pasar raya. Jadi kau tidak akan beli benda yang tidak sepatutnya.
.

 

7. Jangan Ada Banyak Kad Kredit

Kad kredit tak payah ada sampai tiga empat. Kalau suami dah ada kad kredit, isteri tak perlulah ada kad kredit lagi. Bukankah sweet kad kredit isteri guna pastu isteri tolong bayarkan? Eh. Cukuplah satu untuk sekeluarga. Kalau kau bayar separuh je tiap bulan, baik tak payah guna kad kredit.
.

 

***

 

Bila baru kahwin, bersederhanalah dalam setiap perbelanjaan. Lebih baik simpan duit untuk perbelanjaan yang lebih penting. Jangan ikut hati sangat semasa berbelanja. Kalau suami kau jenis boros, nasihat la sikit. Kalau tak jalan jugak, cuba azankan sikit. Begitu juga sebaliknya.

Akhir kata, kau boleh elakkan ekonomi kewangan kau bertambah barai. Berpada-padalah dalam berbelanja. Rancang kewangan keluarga kau dengan sebaik-baiknya.

Yang dah tunang tu boleh baca juga untuk panduan di masa depan. Kau tag la pakwe kau. Jangan asyik duk tag post benda-benda sweet je kat kau pakwe kau. Kewangan dia kena power dulu kalau nak jadi ketua keluarga. Kah!

 

[ASY]

Kredit kepada Facebook Encik #AmirSyahir
#NotaKewanganASY
#MisiKeluargaBahagia
#KewanganSihatKeluargaBahagia
#PembimbingKewanganAnda

 

Kami berharap semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lupa untuk SHARE supaya lebih ramai yang tahu dan mendapat ilmu ini. Terima kasih.

 

.

 

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

 

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

 

.

 

6 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB DAPATKAN BUKU EMAS INI

Buku berkaitan simpanan dan pelaburan emas dah ada ni. Khas untuk anda semua yang;

Ingin menambah ilmu sebelum berjinak-jinak dengan emas dan;

🔥Malu nak tanya bab emas
🔥Malu nak beli emas
🔥Malu nak simpan emas
🔥Malu nak pajak emas
🔥Malu nak jual emas

 

Jangan jadikan malu sebagai penghalang u oll nak pusing modal bisnes dengan emas.

Jangan pula jadikan malu sesat jalan tu sebagai asbab utama u oll tersontot sebelum sampai masanya.

Jadi sebelum u oll dikira ketinggalan zaman, atau sesat kat tengah jalan. DAPATKAN SEBUAH, PERCUMA PENGEPOSAN

Dan klik je link ni kalau nak order
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS%20

.

 

Apa kata individu yang berada di dalam industri emas dan pendidikan berkenaan buku ini?

Dan klik je link ni kalau nak order
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS%20

.

 

Ingin mulakan simpanan emas  1 gram?

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Kongsikan link channel telegram ini kepada orang lain. Agar lebih ramai dapat manfaat untuk perkongsian EMAS & TIPS KEWANGAN

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Hubungi EJEN berhampiran anda

.

 

HARGA EMAS

Harga syiling emas Harimau Mint Gold dikemasikini setiap 30 minit sejajar dengan harga emas pasaran dunia. Anda boleh lihat harga syiling emas HMG pelanggan disebelah kanan website. Manakala, bagi harga ejen, anda dikehendaki untuk login ke dalam sistem.

 

.

 

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin