Sempena Awal Muharam ni, marilah sama-sama kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik dari semua segi. Salah satunya cuba baiki diri daripada berhutang keliling pinggang. Kalau ada hutang yang belum dijelaskan, selesaikanlah secepat mungkin.

Cuba bayangkan, muda-muda lagi sudah terbeban dengan hutang. Makin bertambah usia, makin bertambah hutang. Jadi, belajarlah bersungguh-sungguh. Biar dapat biasiswa. Tak payah nak berhutang bagai.

Banyak sebab lagi kenapa orang suka berhutang. Antaranya sebab nak beli barang yang mahal, membeli kereta ataupun perabot rumah.

Ada juga di antara dorang berhutang kerana terdesak disebabkan kesempitan kewangan dan berhutang untuk membayar hutang kos pembiayaan kesihatan.

Ada juga yang berhutang disebabkan nak cepat kaya. Terjebak dalam MLM ataupun main skim pelaburan emas.

Dengan keadaan ekonomi negara yang kian menghimpit ini, kau perlu berusaha untuk meneruskan kehidupan tanpa berhutang. Antara cara yang boleh dilakukan :

 

***

 

1. Rancang Perbelanjaan Harian

Kegagalan menguruskan kewangan antara faktor terbesar kau akan terjebak dalam hutang. Kau rasa kau mampu bayar dan tambah hutang lagi. Padahal kau makin terbeban.

Rancanglah perbelanjaan harian dengan sebaik- baiknya. Bila dapat gaji tu, buat bajet siap-siap. Belanja ikut bajet yang ditetapkan. Jadi, takdela kau nak berhutang sana sini sementara nak tunggu gaji bulan berikutnya.
.

 

2. Membuat Simpanan

Bila dapat gaji simpan dulu sebelum berbelanja. Mulakan menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan. Menabung walaupun sedikit. Menyimpan lah secara genius, konsisten dan berkualiti. Buat simpanan ikut pendapatan dan kemampuan kau. Jangan ikut orang. Yang penting, menyimpan.
.

 

3. Mulakan Melabur

Kau kena mulakan melabur di instrumen pelaburan yang diyakini supaya duit kau cepat bertambah. Jangan main skim cepat kaya pula. Menangis bawah shower kau nanti kalau kena tipu.

Jika kau susah nak menyimpan, boleh buat simpanan paksa (force saving) dengan pembiayaan ASB ataupun potongan daripada akaun gaji kau ke Tabung Haji. Melaburlah 10% sekurang-kurangnya daripada pendapatan untuk masa depan kau. Jika minat nak buat ASBF boleh roger aku. Aku guide kau sampai kau pandai.
.

 

4. Berbelanja Mengikut Kemampuan

Benda ni susah nak baiki. Doktor pakar psikologi bertaraf Olimpik pun kalu duk nasihat kan kau tapi kalau kau tak nak berubah tu susah la. Sebelum membeli, pastikan kau mampu membayarnya. Simple.

Tak payahla nak ikut orang. Kau tengok dia beli baju mahal, branded, kau pun nak jugak. Pesen tak nak kalah. Padahal kau tak tau gaji dia berapa. Sebulan mau beribu riban. Kau? Jadi, ukurlah baju di badan sendiri.
.

 

5. Tambahkan Pendapatan Sampingan

Jika pendapatan bulanan tidak mencukupi, buatlah kerja sampingan yang lain. Boleh jadi ejen dropship, jual barang online, tolong member dekat pasar malam misalnya.

Zaman sekarang nie serba serbi duit. Pandai-pandailah kau cari pendapatan sampingan. Janji halal.
.

 

6. Utamakan Keperluan & Jauhi Sifat Membazir

Beli barang yang perlu sahaja. Tak perlulah membazir kalau membeli barang dapur tu. Ini tidak. Beli itu ini, makannya tidak, akhirnya buang begitu saja.

Sebelum nak pergi beli barang dapur tu, buat senarai. Baru kau tahu yang mana perlu dan yang mana tidak.
.

 

7. Tanamkan Niat Yang Baik

Tanamkan niat untuk mencari rezeki yang halal. Bukan untuk bermegah ataupun nak bermewah. Tuhan pun akan mudahkan dan lapangkan pintu rezeki. Kau akan rasa cukup dengan rezeki yang diberikan. Tak perlu berhutang.

 

***

 

Banyak lagi cara yang kau boleh lakukan untuk mengelakkan hidup daripada berhutang. Nak dengan tak nak je. Apa yang penting kena ada ilmu dan perancangan. Sekadar berpesan-pesan. Kah!

SHARE l TAG insan yang tersayang supaya tidak terjebak dengan hutang yang tidak perlu. 😊

[ASY]

Kredit Facebook AmirSyahir
#NotaKewanganASY

 

.

 

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

 

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

 

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

 

.

 

“MENYELONGKAR RAHSIA KEKAYAAN DENGAN EMAS”

 

Sudah menjadi lumrah, apabila kita ingin berjinak-jinak didalam sesuatu perkara, sudah pasti kita ingin dapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

Begitu juga dengan emas!

Dapatkan ilmu sebelum pergi lebih jauh.

Sekiranya anda ingin dapatkan jawapan didalam perniagaan, simpanan, dan pelaburan emas, maka buku ini adalah yang paling sesuai buat anda!

 

SANTAI & TERSUSUN

Bahasa yang mudah difahami hinggakan orang yang jarang membaca buku pon boleh habiskan bacaan di buku emas ini.

Jika anda mencari maklumat emas yang tersusun di dalam satu buku, maka “MENYELONGKAR RAHSIA KEKAYAAN DENGAN EMAS” adalah jawapannya.

Pemuda ini belum habiskan buku ini tapi sudah bertanyakan jikalau ada NASKAH KEDUA.

Terima kasih wahai para pembaca.

Kami harap kalian “ENJOY” membaca buku ini sambil minum kopi

🙂

 

Klik disini; 6 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB DAPATKAN BUKU EMAS INI

 

Untuk tempahan buku, boleh klik link whatsapp dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS

 

.

 

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Kongsikan link channel telegram ini kepada orang lain. Agar lebih ramai dapat manfaat untuk perkongsian EMAS & TIPS KEWANGAN

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Anda juga boleh hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin