Memang diakui pendapatan sesetengah orang tidak cukup untuk membeli rumah. Banyak komitmen. Contohnya nak kena bayar pelbagai kos hidup, ansuran kereta, bil utiliti dan sebagainya.

Pihak bank pula makin berhati-hati untuk memberikan pembiayaan perumahan. Mereka hanya berikan pembiayaan kepada orang yang betul-betul mampu sahaja. Orang kerja swasta pun susah nak dapatkan pembiayaan perumahan ni.

Jadi, antara perkara yang kau boleh buat ialah;

***

1. Tingkatkan Ilmu Pengetahuan

Ilmu merupakan punca utama untuk kau berjaya. Mulakan dengan belajar ilmu hartanah yang asas. Jika kau ada ilmu pengurusan kewangan, dengan sendiri kau pandai menguruskan kewangan dan hasilnya kau ada wang untuk memiliki sekurang-kurangnya satu aset hartanah.
.

2. Tabiat Menyimpan

Ramai yang tahu menyimpan itu penting. Tetapi tak ramai yang boleh ikut. Ya. Kalau dah gaji RM1400, nak makan pun susah, menyimpan apatah lagi kan. Itu kau kena ambil inisiatif sendiri. Takkan ada orang yang boleh bantu kau melainkan kau yang bantu diri kau sendiri.
.

3. Mulakan Pelaburan

Jika kau sudah ada tabiat menyimpan duit, kau boleh melangkah untuk instrumen pelaburan yang diyakini. Banyak pelaburan yang dijamin selamat. Kau kena tahu matlamat dan risiko serta pulangan pelaburan dengan jelas. Unit Amanah ataupun ASB Financing Islamik.


.

4. Bebaskan Diri Daripada Hutang Jahat

Kebanyakan anak muda suka berhutang apabila mula bekerja. Daripada berhutang beli telefon sampailah berhutang nak kahwin. Semua nak up-to-date. Biar mewah depan mata kawan. Padahal buka dompet pun serupa tumbuk bawang. Hutang keliling pinggang.
.

5. Tambahkan Pendapatan

Perkara paling senang nak tambah pendapatan ialah menjual barang ataupun berniaga secara online. Macam jual serunding ke, kain batik, buku dan lain-lain. Dapat untung RM5 satu pun okay dah.
.

6. Beli Rumah Murah Dulu

Jangan terus nak terkam beli rumah bertanah harga RM400K. Beli dulu rumah bawah RM150K. Apartmen contohnya. Ansuran bulanan pun murah. Harga rumah akan naik setiap tahun. Bila gaji dah naik, ada kemampuan, barulah boleh cuba cari rumah yang lagi selesa.
.

7. Baiki Profil Kewangan

Ramai yang tak dapat pembiayaan perumahan disebabkan profil kewangan yang lemah. Simpanan tiada, hutang kad kredit berlambak dan hutang piutang yang lain. CCRIS barai, CTOS koyak. Jadi, tetapkan matlamat. Ambil masa setahun dua untuk baiki balik kewangan sendiri.

***

“Ramai yang tersekat untuk mendapatkan deposit rumah dan susah nak dapatkan pembiayaan perumahan. Banyak cara yang kau boleh buat untuk mengatasi masalah ini. Kau perlu banyak menimba ilmu pengetahuan lagi”

Takkan sampai ke tua tak ada aset rumah sendiri. Takkan nak menyewa sampai anak dah 5? Kau kena fikirkan pelan masa depan kau sekarang.

Tengah duk lepak kedai kopi mahal, sambil hisap vape tu, cuba lah buat draft gambaran kasar perancangan kau. Tentu kau akan nampak.

Ini pandangan dan panduan aku sahaja. Kau boleh rujuk mentor dan pakar dalam bab ni. Ingat, rumah pertama tak perlu besar, nanti penat nak kemas. Kah!

SHARE l TAG jika bermanfaat 😊

[ASY]

Kredit Facebook #AmirSyahir
#NotaHartanahASY

.

8. Kumpul deposit rumah dengan simpanan emas secara bulanan

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

Syiling Emas Harimau Mint Gold sempena 60 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA.

Berat : 1 gram
Kualiti : Syiling pruf
Ketulenan : Emas 999.9
Jenis : Syiling Emas 2017 V.2
Pengesahan ketulenan : KL Assay (M) Sdn Bhd

.

 

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin

.

p/s : Admin ada “create” satu channel telegram khas untuk info-info semsa emas.

Apa yang bagusnya channel ini adalah

1. Tiada gangguan chatting dari orang lain
2. One way sharing dari admin
3. Tidak lagi perlu buka emel dan lebih laju dari emel
4. Admin akan berkongsi info-info general berkaitan emas
5. Aplikasi telegram lebih ringan.

Jika berminat, boleh klik link dibawah ye.

CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

Admin mohon agar encik/cik untuk kongsikan link diatas kepada semua orang ye. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.