Ar Rahnu adalah satu sistem gadaian yang berlandaskan prinsip muamalat islam, dimana ia adalah satu skim PINJAMAN JANGKA PENDEK YANG BEBAS DARIPADA RIBA.

Dari konteks pelaburan emas, kemudahan skim ini juga boleh dijadikan sebagai satu option leverage.

Apa itu Leverage?

Maksud leverage sebenarnya berbeza-beza mengikut kesesuaian penggunaan istilah ini.

Dan dalam pelaburan atau perniagaan, leverage secara mudahnya bermaksud “membuat pinjaman modal untuk menggandakan jumlah pelaburan atau modal perniagaan”.

Bila disebut “menggandakan”, bererti ia adalah amaun tambahan, bukan amaun modal permulaan pelaburan itu.

Justeru, ianya adalah perkhidmatan pilihan sahaja, bukan semestinya bila membeli emas sahaja, lalu ia perlu segera digadaikan, ia tidak begitu.

Bila masa yang sesuai menggunakan Gadaian Arrahnu ni?

Bergantung kepada strategi pelaburan individu itu sendiri. Bagi saya secara peribadi, saya menggunakan gadaian arrahnu ini untuk 3 keadaan ini :

:::::::

1. KETIKA SAYA MEMERLUKAN TUNAI KECEMASAN.

2. SEKIRANYA SAYA MEMERLUKAN TUNAI UNTUK MEMBELI LAGI EMAS APABILA HARGA EMAS TURUN LEBIH RENDAH BERBANDING HARGA BELIAN SAYA SEBELUM INI.

3. MODAL PERNIAGAAN

 

PENGERTIAN , HUKUM DAN RUKUN AR-RAHNU
PENGERTIAN
Ahmad Azhar Basyir – mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai “menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara” sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima”
H.M Arsjad Thalib Lubis – mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai “menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar”
Abdul Rahman Al-Jaziri – menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti ” menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
Kesimpulannya – Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman

 


HUKUM
Firman Allah SWT – “Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang
(Al-Baqarah : ayat 283)
Dalam sebuah Hadis – “Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah Hadis – “Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w  pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang.  Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya”
(Riwayat Al-Bukhari)
Dalam sebuah Hadis – “Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya”
(Riwayat Tirmidzi)

 


RUKUN
Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:
1.    Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
2.    Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
3.    barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
4.    Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
5.    Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian

 

 

SENARAI AR-RAHNU YANG TERIMA HARIMAU MINT GOLD (setakat 15 Sept 2016)

1. Ar-rahnu Pos

2. Ar-rahnu Express (Habib)

3. Ar-rahnu Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (Ar-RAhn)

4. Ar-rahnu Koprimas

5. Ar-Rahnu Bank Islam

6. Ar-Rahnu Kojuta KL

7. DINARPAL Melaka

8. AR-RAHNU Co-opbank Persatuan (5 gram HMG sahaja)

9. Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor

InsyaAllah kita dalam proses berhubung dengan semua ar-rahnu dari semasa ke semasa.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin

p/s : Sekiranya anda ada sebarang cadangan ar-rahnu terutamanya koperasi, mohon maklumkan.

 

 

EJEN DISELURUH MALAYSIA DIPERLUKAN

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin

zakat

Kami berharap semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lupa untuk SHARE supaya lebih ramai yang tahu dan mendapat ilmu ini. Terima kasih.

 

Ingin mulakan simpanan emas walaupon 1 gram?

Sekiranya berminat untuk mengetahu lebih lanjut berkenaan produk syiling emas HMG, tuan puan boleh hubungi EJEN berhampiran  atau boleh juga hubungi ADMIN HMG.

 

HARGA EMAS

Harga syiling emas Harimau Mint Gold dikemasikini setiap 30 minit sejajar dengan harga emas pasaran dunia. Anda boleh lihat harga syiling emas HMG pelanggan disebelah kanan website. Manakala, bagi harga ejen, anda dikehendaki untuk login ke dalam sistem.

 

.

TAMBAHAN : SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN MASA HADAPAN

 

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Kongsikan link channel telegram ini kepada orang lain. Agar lebih ramai dapat manfaat untuk perkongsian EMAS & TIPS KEWANGAN

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin