Harga emas berjaya kekal di atas paras $1,300 sejak awal bulan ini, mengambil kesempatan atas ketidaktentuan geopolitik berikutan ketegangan antara Korea Utara dan Amerika serta kurangnya jangkaan kenaikan kadar feadah sebelum keputusan FOMC dikeluarkan pada minggu lalu.

Walau bagaimanapun, nilai emas jatuh mendadak selepas dolar dan hasil bon US mula mengukuh sejak keputusan FOMC minggu lalu, dan melonjak lebih tinggi selepas Presiden Trump membentang rangka kerja reformasi cukai US yang tidak pernah diubah sejak tiga puluh tahun lalu pada hari Rabu lepas.

Selain itu,data-data ekonomi Amerika Syarikat yang positif terus menyokong jangkaan kenaikan kadar faedah Fed pada akhir tahun ini.

 

 

Emas sensitif dengan perubahan US dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi.

Harga emas jatuh di bawah $1,300 sepanjang minggu ini, namun mula mendapat permintaan sekitar harga support $1,2840 hari ini dengan harga emas kini naik 0.17 peratus atau $2.09 kepada $1,290.73 per auns pada sesi Eropah pada jam 5.30 petang.

Sekiranya agenda politik Trump masih tidak berjaya mendapat kelulusan di kongres, hal ini akan menjadi pendorong emas untuk menggunakan paras support tersebut sebelum beralih arah daripada kejatuhan harga sepanjang minggu ini.

 

INGIN MENGETAHUI TIPS KEWANGAN & EMAS?
Join Channel Telegram disini : https://t.me/MaklumatEmas