Tumpuan Terhadap Makro Data UK

Fokus kepada GBP/USD hari Jumaat. Laporan data imbangan perdagangan (trade balance) serta data pengeluaran industri dan pembuatan akan memberi petunjuk baru kepada para pelabur tentang kekuatan ekonomi UK yang kini masih dalam ketidaktuan hasil rundingan Brexit.

Penganalisi menjangkakan bacaan yang bercampur dengan pengeluaran industri dijangka jatuh 0.2% pada Julai berbanding 0.5% bulan sebelumnya, manakala pengeluran pembuatan pula meningkat 0.3%%

Bagi data imbangan perdagangan UK yang mengukur perbezaan antara nilai import dan eksport barangan dan perkhidmatan, dijangka akan mengecil kepada -11.95 billion bagi bulan Julai berbanding -12.72 billion pada bulan yang sebelumnya.

 

.

 

Data Makro China berakhir minggu ini

Data Makro di China juga akan dikeluarkan pada Jumaat, dan penelitian diberikan bagi melihat sejauh mana kemajuan pada perkembangan ekonomi mereka selepas negara tanah besar tersebut menukarkan model pertumbuhan yang lebih tertumpu kepada pengguna, mengurangkan pergantungan terhadap pertumbuhan eksport.

Penganalis menjangkakan data bagi eksport bergerak perlahan bagi bulan Ogos dengan bacaan 6% (eksport) dan 10% (import) berbanding setahun yang lalu.

Data inflasi pengguna (CPI) dan pengeluar (PPI) bagi bulan Ogos juga akan berakhir pada minggu ini.

Komiditi seperti emas sangat sensitif dengan data-data ekonomi China kerana negara tersebut kekal menjadi pengimport terbesar dan pengguna komiditi terbesar.

 

.

 

Kiraan pelantar minyak Baker Hughes

Data mingguan aktiviti penggalian minyak oleh Baker Hughes pada Jumaat, akan memberi petunjuk baru kepada para pelabur mengenai pengeluaran minyak di US dan permintaan minayk dalam pasaran selepas bilangan pelantar yang aktif semakin berkurangan sejak beberap minggu yang lalu.

Kiraan bilangan pelantar mingguan ini amat penting bagi industri penggalian kerana menjadi proxy kepada pengeluaran dan permintaan terhadap perkhidmatan minyak.

Semalam harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh 7 sen kepada $49.09 selepas data bekalan menunjukkan peningkatan buat pertama kali sejak 10 minggu yang lalu.

 

Sumber :  https://moshed.com

 

.

 

6 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB DAPATKAN BUKU EMAS INI

 

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Kongsikan link channel telegram ini kepada orang lain. Agar lebih ramai dapat manfaat untuk perkongsian EMAS & TIPS KEWANGAN

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Anda juga boleh hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin