Wang kertas mula di perkenalkan pada 1880 kerana mudah di urusniagakan berbanding wang logam. Pada ketika itu nilai wang ini masih terkawal kerana di sandarkan dengan emas atau di kenali dengan Gold Standard(piawaian emas).

Selepas Perang Dunia Pertama (1918-1939), wang amat di perlukan bagi menampung kos peperangan, jadi banyak negara mula membatalkan peraturan piawaian emas bagi mengelakkan kesan negatif terhadap pasaran domestik. Dan sistem Gold Standard ini berakhir pada tahun 1936.

Wang fiat iaitu wang yang tidak di sandarkan dengan komiditi mula di perkenalkan. Nilai wang fiat di kawal dan di kuatkuasakan oleh kerajaan dan di terima sebagai urusniaga yang sah di sisi undang-undang dalam pasaran. Kawalan terhadap wang kertas yang tidak telus antara penyebab berlakunya hyperinflasi.

Berikut adalah 5 negara yang mengalami inflasi paling buruk dalam sejarah:

.

5. Greece, Oktober 1944

Inflasi tertinggi bulanan : 13,800%
Harga naik dua kali ganda setiap 4.3 hari

Masalah hutang bermula pada Perang Dunia ke-2. Hasil cukai yang berkurangan dan perbelanjaan dalam peperangan meningkat 10 kali ganda menyebabkan kerajaan terpaksa mencetak wang kertas lebih banyak untuk membayarnya. Perkara ini antara punca berlakunya kenaikan inflasi yang melampau di Greece.

.

4. Jerman, Oktober 1923

Inflasi tertinggi bulanan : 29,500%
Harga naik dua kali ganda setiap 3.7 hari

Jerman mula jatuh di sebabkan oleh kesukaran membayar hutang selepas Perjanjian Versailles dan pada akhir Perang Dunia Pertama.

.

3. Yugoslavia, Januari 1994

Inflasi tertinggi bulanan : 313,000,000%
Harga naik dua kali ganda setiap 1.4 hari

Matawang di nilai semula sebanyak 5 kali sekitar tahun 1993 hingga 1995 namun semuanya tidak berhasil. Kemelesetan ekonomi berlaku di sebabkan oleh pinjaman luar negara yang tidak terkawal dan masalah pada politik yang bermula sejak 1980-an sehingga tahun seterusnya.

.

2. Zimbabwe, November 2008

Inflasi tertinggi bulanan : 79,600,000,000%
Harga naik dua kali ganda setiap 24.7 jam

Zimbabwe sudah tidak menggunakan wang kertas mereka dan menggantikannya dengan Rand Afrika Selatan atau USD. Matawang mereka jatuh sehingga sebuku roti berharga 35 juta. Pada April 2008, $50 juta wang kertas mereka bersamaan $1.20 USD.

Hyperinflasi ini mula berlaku selepas Presiden Robert Mugabe melancarkan program pembahagian tanah pertanian kepada etnik asal negara (yang kurang mahir), menyebabkan bekalan dan pengeluaran makanan susut sehingga tidak mampu menampung permintaan dalam pasaran.

.

1. Hungary 1946

Inflasi tertinggi bulanan : 13,600,000,000,000,000%
Harga naik dua kali ganda setiap 15.6 jam

Pada pertengahan tahun 1946, nilai wang kertas Pengo yang tertinggi adalah sebanyak 100,000,000,000,000,000,000 (Seratus Quintillion). Matawang Pengo mula di perkenalkan selepas tamat Perang Dunia Pertama untuk memperbaiki inflasi dan perbetulkan ekonomi negara.

Namun sektor pertanian gagal memberi pulangan dan negara di himpit dengan beban hutang yang melampau sehingga matawang susut nilai untuk menampung kerugian dalam kewangan dan polisi monetari. Inflasi semakin teruk selepas Perang Dunia ke-2. Pada tahun berikutnya, wang kertas ini di gantikan dengan forint dan nilai disandarkan dengan emas.

Sumber : https://moshed.com

 

.

Untuk lari dari inflasi amatlah mustahil kerana kita sudah pun berada di dalam sistem mereka. Namun, sebagai manusia, kita wajib mempunyai perancangan kewangan. Sebagai contoh, kita membeli takaful (medical card) sebagai merancang jika berlakunya sesuatu penyakit dan perlu masuk ke hospital, kita sudah pun mempunyai coverage dari medical card tersebut.

Begitu jua dengan kewangan. Semua pelabur-pelabur besar seluruh dunia menggunakan emas sebagai insurans kewangan mereka. Jika kita lihat negara-negara besar dunia, mereka juga mempunyai simpanan emas yang besar. Bila mana terjadinya ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur dan sesebuah negara akan cepat-cepat membeli emas sebagai insurans kewangan mereka. Itu adalah contoh betapa kita semua perlu jadikan emas sebagai salah satu portfolio simpanan dan perlindungan kita.

.

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

 

Syiling Emas Harimau Mint Gold sempena 60 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA.

Berat : 1 gram
Kualiti : Syiling pruf
Ketulenan : Emas 999.9
Jenis : Syiling Emas 2017 V.2
Pengesahan ketulenan : KL Assay (M) Sdn Bhd

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI untuk konsultansi emas secara percuma

Atau Hubungi EJEN berhampiran anda

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

 

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin

p/s :

Admin ada “create” satu channel telegram khas untuk info-info semsa emas.

Apa yang bagusnya channel ini adalah

1. Tiada gangguan chatting dari orang lain
2. One way sharing dari admin
3. Tidak lagi perlu buka emel dan lebih laju dari emel
4. Admin akan berkongsi info-info general berkaitan emas
5. Aplikasi telegram lebih ringan.

Jika berminat, boleh klik link dibawah ye.

CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

Admin mohon agar encik/cik untuk kongsikan link diatas kepada semua orang ye. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.