PERCAYA TAK 5500 tan EMAS DIDAGANGKAN SEHARI?
(boleh bayangkan tak banyak mana “tan” tu?)

Setiap hari, sejumlah 5,500 tan metrik ( $212B ) emas diniagakan di London , menjadikannya pasaran terbesar borong emas “over the counter” (OTC) untuk emas di dunia.

Dari satu sudut, lebih banyak emas didagangkan di London setiap hari berbanding jumlah emas fizikal yang disimpan di Fort Knox ( 4176 tan metrik). Fort Knox adalah salah satu lokasi simpanan emas fizikal dunia selain dari New York Federal Reserve. Pada satu-satu masa jumlah emas yang didagangkan menhampiri jumlah rizab emas AS ( 8,133.5 tan ) boleh bertukar tangan .

Bagaimana ini boleh berlaku?

PERNAH TAK DENGAR PERKATAAN LONDON GOLD MARKET?

LONDON GOLD MARKET adalah pasaran terbesar borong emas “over the counter” (OTC) untuk emas di dunia.

Pasaran London berfungsi sebagai penentu untuk harga spot emas di seluruh dunia disamping lokasi kepada “London Bullion Market Association” (LBMA) dan juga harga lelongan emas harian.

JUMLAH DAGANGAN EMAS
======================================
Jumlah dagangan emas harian London = 5,500 tan

Jumlah hasil perlombongan emas harian dunia = 9 tan
======================================

Pelik tak nilai diatas? Kalau masih tak faham, cuba baca berulang kali.

Jumlah dagangan emas harian di London adalah 600 kali lebih banyak berbanding dengan jumlah hasil lombongan emas dunia dalam sehari!

Soalan
Bagaimana sejumlah 5,500 tan sehari atau 2,007,500 tan emas setahun didagangkan di London sedangkan emas fizikal yang dilombong seluruh dunia hanyalah sekitar 9 tan sehari atau 3,285 tan setahun????

Emas yang didagangkan melebihi emas yang dilombong!

Rasa-rasa apa jawapannya?

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Jawapan
Sebenarnya dagangan emas di London hanyalah bersandarkan atau berdasarkan kertas yang tak berguna atau nombor-nombor digital di komputer! Kita lebih percayakan no digital atau kertas-kertas dan memberi lebih perasaan percaya kepada sesuatu yang bukan diatas tempatnya!

Sistem ini PASTI AKAN RUNTUH secara perlahan atau tiba-tiba.

Apa yang akan berlaku kalau runtuh?

Nanti saya terangkan dalam artikel seterusnya secara mudah supaya semua orang boleh faham “permainan mereka”!

Share la sekiranya bermanfaat 🙂

 

.

BERMULA DARI YANG KECIL
========================

Kalau usaha kita yang kecil selama ini pun boleh membuat kita tersenyum, kenapa tidak berusaha lebih besar ?

Kalau usaha kita yang kecil ini pun boleh membuat ramai orang bahagia, kenapa tidak berusaha lebih besar ?

Bermula dengan sekecil 1 gram juga dapat menarik gram-gram yang seterusnya sehingga kepada yang lebih besar.

Kebiasaannya, mereka yang memilih untuk menunggu dan lihat sebelum mula melangkah, akan berakhir dengan tidak berbuat apa-apa pun, malah terus kekal di tempat yang sama.

Sesungguhnya, kebahagiaan apa pun dan seluruh kehidupan kita ini terbentuk dari usaha-usaha dan perkara kecil. Dari kecil itulah ia akan terus membesar. Usaha yang berterusan, itulah ISTIQAMAH.

 

SYILING EMAS 1G 2017 VERSI 60 TAHUN MERDEKA

.

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

 

.

Untuk pengetahuan anda semua, kami amat titik beratkan kualiti pembuatan syiling emas anda. Oleh itu semua syiling emas yang kami keluarkan adalah dengan kualiti tertinggi bagi syiling emas iaitu kualiti proof coin.

Proof coin bermaksud proses tempaan syiling ini mengambil kira faktor kualiti akhir dimana mempunyai ciri-ciri kilatan (mirror image) pada syiling tersebut. Selain itu, image diatas syiling emas tersebut timbul mengikut berat emas tersebut. Tekanan untuk proses tempaan proof coin adalah 2 kali ganda berbanding tempaan biasa.

Jika anda ingin maklumat lanjut, boleh terus klik link whatsapp dibawah dan insyaAllah kami akan hubungi anda untuk proses selanjutnya.

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin