Ada beberapa kisah aku ingin kongsikan supaya menjadi ikhtibar pada korang yang dilamun cinta dan asyik fikir tentang relationship goals je. Banyak lagi benda yang penting dan realistik kau patut fikir.

KES 1:
Si isteri begitu bahagia dengan si suami dan anak-anak. Pakai, makan, tempat tinggal dijaga rapi oleh si suami. Rumah banglo tersergam indah. Tapi langit tak selalu cerah, si suami mahu bernikah lain. Si suami yakin mampu tanggung dua isteri. Si isteri tak setuju. Si suami kata, jika tak setuju, boleh pindah. Si isteri setuju dalam duka. Rumah tangga mereka diuji lagi. Si suami diberhentikan kerja. Si suami tak mampu bayar komitmen bulanan rumah. Rumah nak kena lelong. Apa la nasib.

.

KES 2:
Si isteri bekerja di sektor kerajaan. Si suami suruh si isteri berhenti kerja, fokuskan pada keluarga. Si suami mampu tanggung si isteri dan anak-anak. Si isteri setuju dalam duka. Nak memberi pendapat atau memberi pandangan dianggap derhaka. Si suami meninggal kemalangan ketika balik daripada kerja. Si isteri hilang punca. Sumber pendapatan sudah tiada. Rumah sewa sudah 3 bulan tertunggak. Si isteri dan anak-anak dipaksa pindah.

.

KES 3:
Si suami menyuruh si isteri berhenti kerja. Nak kerja sangat, dapat gaji peluk la duit gaji erat-erat, kata si suami. Si isteri pasrah. Masuk anak umur 5 tahun, pendapatan si suami tak mampu nak tanggung isteri dan anak. Sewa rumah, kereta, hutang mula tertunggak. Kebahagiaan mereka mula retak.

***

Kaum Hawa, zaman mengharapkan kaum Adam sepenuhnya sudah berlalu. Zaman sekarang, perlukan pendapatan dan aset sendiri.

Masa muda ni, beli rumah sorang satu. Buat pelaburan hartanah. Janganlah terlalu mengharap pendapatan si suami. Ada peluang sambung belajar, pergi sambung. Jangan gatal-gatal nak nikah awal. Jangan yakin pakwe kau boleh tanggung kau selamanya bila nikah nanti.

Wahai para suami, ingatlah! Kita tak tahu masa depan kita. Biarkan si isteri bina kerjaya dan pendapatan mereka sendiri. Si isteri nak buat ASB Financing kau tak bagi, nak buat simpanan emas kau kata rugi. Akal ade ke?

Takut fitnah? Takut dirampas lelaki lain? Takut tak dapat tumpu pada keluarga? Tak percayakan satu sama lain ke? Doa. Doa kepada Tuhan. Solat berjemaah. Kita diamanahkan untuk membimbing dan menjaga mereka. Kita pun tak tahu selama mana kita dipinjamkan kepada mereka.

Tolong buka sikit minda tu. Buatlah pelan simpanan, perlindungan takaful, tabung kecemasan dan ada sekurang-kurangnya satu aset hartanah. Belilah rumah pertama. Kalau ada rumah sendiri tak perlulah tanggung bayar sewa rumah dah.

Berubahlah, tak mampu beli tunai jangan nak berhutang kalau benda tu tak penting. Jangan buat pinjaman peribadi sana sini, kad kredit sampai 3 keping. Gaji naik tukar kereta baharu.

Tapi, ikut korang lah. Tengah bahagia kan. Tengah sedap, tengah senyum nipis sekarang ni nasihat dan peringatan pun tak nak dengar.

Sekadar memberi peringatan. Kah!

SHARE l TAG jika bermanfaat 😊

[ASY]

Artikel ini ditulis oleh En #AmirSyahir (Facebook)

 

.

Tambahan : Simpanan Syiling Emas

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Kongsikan link channel telegram ini kepada orang lain. Agar lebih ramai dapat manfaat untuk perkongsian EMAS & TIPS KEWANGAN

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin