Barang kemas mencatatkan 60% dari jumlah permintaan emas di seluruh dunia dimana 20% adalah dalam bentuk pelaburan (syiling emas dan bar). Teknologi dan permintaan dari bank masing-masing mencatatkan 10%.

Syiling emas yang terbesar di dunia adalah seberat 1 tan dari Australian Kangaroo. Syiling 1 tan ini dijadikan sebagai “legal tender” dengan nilai 1 juta Australian dollar. Manakala disebelah Asia Tenggara, sebuah pengeluar dari negara atas angin juga mengeluarkan syiling emas dengan berat 0.5g, 1g dan yang terbaru 5gram. Berat ini tidak mampu untuk menandingi berat 1tan Australian Kangaroo namun gred kualitinya adalah setanding atau mungkin lebih? ūüôā

Semua orang tahu kot – China sekarang adalah kuasa besar dan pemegang emas terbesar dunia, pengimpot emas terbesar dunia, pengeluar emas terbesar dunia malahan China mencatatkan jualan barang kemas sebanyak 750 tan pada tahun 2015 iaitu jumlah jualan barang kemas terbesar dunia! Hurm, boleh bayangkan tak banyak mana “tan” tu? Jap, cuba tengok kt tangan “ada berapa gram” ?

Hari tu dah cakap pasal emas OLIMPIK. Hari ni tambah sikit. Emas olimpik sehingga tahun 1912 adalah emas tulen! Best kan? Main olimpik, menang emas tulen. Namun, sekarang ni, pingat emas olimpik hanya mengandungi lebih kurang 1.34% emas dari keseluruhan pingat. Jadi lah kn. Ada juga emasnya.

Soalan;

Adakah pingat emas Sukan Sea 2017 yang sedang berlangsung sekarang 100% emas tulen? Apa jawapan anda?

.

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin