Kesan kau tak reti merancang dan menguruskan kewangan secara berkesan ni bukan nampak sekarang.

Ia akan nampak apabila kau dah berumur 40 tahun ke atas. Masa ni kau setiap bulan dapat gaji tetapi akhir bulan duit kau kosong.

Kau langsung tak boleh nak simpan. Contohnya pergi kerja, dapat je gaji habis bayar hutang. Perkara tu berulang sampan kau pencen. Wang simpanan masa pencen harapkan KWSP je.

Jadi, kau pilih la sama ada nak bermegah, bermewah, berkereta import sekarang dengan gaji kau yang kecil ataupun kau bebas hutang jahat apabila dah masuk umur 40 tahun.

Kebebasan kewangan ni bukan senang-senang nak dapat. Ia memerlukan proses berterusan yang panjang dan disiplin yang tinggi. Tak boleh ada sikap suka berpura-pura mewah tetapi duit dalam bank pun lebih seram daripada filem seram.

Gaji kau banyak sekalipun tak guna juga kalau pengurusan kewangan kau gagal. Kau kena tahu dan buat 4 perkara ini;
.

 

1. Mulakan Tabiat Menyimpan

Ini menjadi asas menuju kebebasan kewangan. Sentiasa simpan, simpan dan simpan duit gaji kau. Sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan. Takkan tak boleh?
.

 

2. Beli Secara Tunai

Beli sesuatu barangan secara tunai dan apabila perlu sahaja. Kemahiran membezakan antara keperluan dengan kehendak itu penting. Kalau boleh, jauhi bayaran ansuran atau bayar 12 kali gitu sebab harga asal barang tu akan jadi lagi mahal. Cuba kumpul dulu duit baru beli.
.

 

3. Hidup Di Bawah Kemampuan

Kos sara hidup sekarang dah makin meningkat. Jadi kau kena hidup di bawah kemampuan. Contohnya kalau kau mampu beli kereta import mewah, beli kereta tempatan dulu. Naik gaji beli la kereta yang kau suka. Perlindungan takaful diri tak nak ambil pula.
.

 

4. Bina Pendapatan Kedua

Cuba buat perniagaan kecil-kecilan. Buat bisnes online. Kerja sampingan di hari minggu ataupun buat Grab Car, Uber. Kalau tak minat sangat berniaga cuba belajar tentang pelaburan. Pendapatan pasif untuk kau nanti. Ada banyak pelaburan yang dijamin selamat oleh kerajaan. Kaji dulu sebelum masuk. Jangan terkena skim cepat kaya sudah la.

***

Itu antara perkara asas untuk menuju kebebasan kewangan pada pandangan aku. Banyak lagi yang kau kena belajar daripada orang yang berpengalaman dan banyakkan membaca. Lepak kat Starbucks 3 jam tak ada buat apa tu baca lah tips-tips kewangan.

Jadi, mulakan menyimpan duit mulai sekarang jugak! Tak dapat RM100 sebulan, RM50 jadilah.

Sekadar berpesan. Kah!

Kredit kepada Facebook #AmirSyahir
#Notakewanganasy

Kredit Gambar: Harian Metro & AKPK

.

 

TIPS TAMBAHAN

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Kongsikan link channel telegram ini kepada orang lain. Agar lebih ramai dapat manfaat untuk perkongsian EMAS & TIPS KEWANGAN

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin