Bagi pasangan muda, pernikahan merupakan detik terindah dan sebuah harapan baru yang diimpikan.

Mana tidaknya, segala ranjau berduri, dugaan percintaan yang ditempuhi untuk menuju cinta yang halal, akhirnya dapat diterjemahkan melalui sebuah ikatan janji yang sah lagi halal. Cewah. Kemain intro gua ni ek. Kakaka.

Ada yang merancang untuk bercuti ke luar negara, ada yang mengambil pembiayaan peribadi untuk majlis kahwin yang gah dan meriah serta ada juga yang beli kereta import mewah untuk pasangan. Tanpa disedari, mereka mungkin akan terjerumus ke dalam perangkap kewangan.

Baru selangkah memulakan perjalanan kehidupan baru, tetapi sudah membawa beban hutang untuk melangkah dan mengharungi bahtera perkahwinan.

Jadi, apa kau boleh buat apabila baru berkeluarga;

***

1. Merangka Bajet Keluarga

Dulu makan sorang, malam makan megi pun tak apa. Dulu sabun mandi jadikan sabun basuh pinggan pun tak apa. Bila dah berkahwin, kena ada bajet kewangan untuk kos barang keperluan setiap bulan.
.

2. Merekod Perbelanjaan

Penting untuk merekod segala perbelanjaan keluarga. Paling tidak pun, catat segala belanja luar jangka. Contohnya seperti kos baiki paip rumah rosak.
.

3. Membuat Tabung / Pecahan Keperluan

Daripada pendapatan keluarga, eloklah merancang semua kos keperluan hidup dan perlu dibincang bersama-sama. Antara kategori yang boleh dijadikan panduan ialah;

-Barang dapur
-Belanja makan
-Ansuran rumah
-Ansuran kereta
-Kos bil air & elektrik
-Hiburan
-Perlindungan takaful
-Tabung simpanan
-Tabung pelaburan
-Tabung pendidikan anak-anak
-Tabung kecemasan / luar jangka
-Tabungan bercuti
-Tabung pencen
-Tabung baik pulih kenderan / rumah
.

4. Menabung Dan Melabur

Menyimpan dalam bank tidak memberi banyak keuntungan. Simpan di bank hanya untuk simpanan kecemasan sahaja. Mulakan dengan melabur di instrumen pelaburan yang dijamin selamat. Antaranya ialah unit amanah Islamik, pelaburan perumahan, pelaburan emas, ASB Financing dan sebagainya.

Syiling Emas Harimau Mint Gold #SukanSea2017

.

5. Perlindungan Takaful

Lindungi keluarga dengan takaful. Banyak takaful yang bagus. Jadi, jangan ambil remeh hal ini. Biarlah tak ada Astro pun asalkan ada perlindungan takaful. Ini Astro mampu bayar, takaful tak nak ambil. Bila dah dalam kesusahan dan kena bayar kos perubatan yang tinggi, mula la menggelupur menyesal.
.

6. Hindari Hutang

Apabila memulakan kehidupan baru, banyak benda nak guna duit. Nak beli katil, almari, dapur semua. Ingat, jangan sampai berhutang. Kumpul duit, beli secara tunai lagi bagus daripada bayar ansuran.Tidur atas tilam lipat pun bukan dosa.
.

7. Kad Kredit Cukup Satu

Jika pasangan kau ada dua kad kredit, kau pun ada satu, bila dah kahwin tutup semua kad kredit. Biar tinggal satu je. Pergi beli barang dapur bersama, isi minyak kereta pun guna satu kad kredit je. Senang nak uruskan dan jaga kewangan. Kalau kau tak reti kawal penggunaan kad kredit, takde langsung pun molek juga.

***

“Korang kena ingat tindakan kewangan korang sekarang akan beri kesan yang besar dalam 5-10 tahun akan datang”

Pada yang baru berkahwin, Selamat Pengantin Baru gua ucapkan. Kalau bergaduh tu biasalah. 1-5 tahun tu, proses kau orang nak mengenali hati budi pasangan masing-masing.

Tapi ingat pesan gua, jika tengah gaduh tu “JANGAN SESEKALI UPDATE STATUS KE, APA KE KAT MEDIA SOSIAL”. Nanti, benda kecil pun boleh jadi besar. Biar korang je tahu. Tak payah nak beritahu satu dunia.

Selama duk bercinta tu, bukan nampak perangai sebenar, menipu je tu. Kalau gaduh, sorang kena sabar, jangan dua-dua meletup. Tak selesai masalah. Bila sorang jadi api, sorang kena jadi air. Cool je. Dah dia sejuk, baru pergi pujuk.

Gaduh kejap je, lepas tu baik balik ye. Kata cinta dan sayang, laut mana tidak ditimpa badai. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dua hati yang berbeza latar belakang. Pehh… gua kasi nasihat serupa dah berkahwin 30 tahun. Kah!

P/S: Silakan tag, share kepada suami / isteri korang tu. Nak tag tunang, bakal zaujah pun boleh. Mulakan kehidupan yang baru dengan ilmu kewangan yang padu!!!

[ASY]

Kredit FB #AmirSyahir
#NotaKewanganASY

 

.

 

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

 

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI (konsultansi emas secara percuma)

Atau Hubungi EJEN berhampiran anda

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

 

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin

p/s :

Admin ada “create” satu channel telegram khas untuk info-info semsa emas.

Apa yang bagusnya channel ini adalah

1. Tiada gangguan chatting dari orang lain
2. One way sharing dari admin
3. Tidak lagi perlu buka emel dan lebih laju dari emel
4. Admin akan berkongsi info-info general berkaitan emas
5. Aplikasi telegram lebih ringan.

Jika berminat, boleh klik link dibawah ye.

CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

Admin mohon agar encik/cik untuk kongsikan link diatas kepada semua orang ye. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.