Anak muda yang masih tidak stabil kewangannya, mentah pemikirannya akan mudah terpedaya dengan cakap-cakap orang di sekelilingnya.

Terlalu risau akan “APA KATA ORANG”, sampai sanggup berhutang untuk membeli sesuatu. Kenapa perlu terlalu risau dengan pandangan orang? Sedangkan kau lebih tahu di mana kedudukan kau.

Semuanya hanyalah semata-mata untuk nampak sempurna dan elok di mata manusia biarpun diri sendiri terseksa.

 

***

 

Antara contoh yang sering berlaku dalam situasi harian.;

 

1. “Eh, kau naik Viva je? Kau tu jurutera kot. Gaji pun lebih RM4K. Tukar la kereta baru. Apa kata orang nanti. Tak kerlass giteww.”

Terus tukar kereta Honda City tanpa berfikir panjang.
.

 

2. “Takkan dah kerja nak pakai telefon lama lagi. Sekarang ni semua orang pakai iPhone. Tak up to date langsung kau ni. Tukarlah. Nanti apa orang kata”.

Terus pergi beli IPhone 8.
.

 

3. “Kau kerja hebat kot. Berpangkat. Gaji besar. Takkan nak makan kedai mamak je. Apa orang cakap tengok kau makan tempat gitu. Tempat paling cikai untuk kau sekurang-kurangnya hotel.”

Hari-hari makan kat hotel, restoran mewah. Siap update dekat Insta lagi.
.

 

4. “Kahwin nak buat biasa-biasa je ke? Hantaran RM5K? Harga lembu pun RM6K. Ke ada apa-apa ni? Nanti bagi hantaran murah, majlis simple, apa pulak orang kampung kata. Kawan-kawan pula mesti pandang lain macam je.”

Terus mintak bakal suami sediakan hantaran RM15K.
.

 

5. “Kau dah grad. Dah ada kerja bagus. Bila nak beli kereta? Motor ni sejak kat kolej lagi. Kau tak malu ke? Bila hujan kena berhenti dekat bus stop. Tumpang berteduh. Awek taknak pandang bro. Apa kata kawan kau nanti.”

Terus pergi bilik pameran kereta. Beli kereta tanpa perlu deposit.
.

 

6. “Kau budak lepasan universiti kot. Cuma takde kerja lagi. Menganggur tu biasa la. Takkan nak kerja kedai makan je? Kerja ni budak takde SPM pun boleh buat. Tak malu ke kawan kolej kau nampak nanti. Apa pandangan diorang kat kau nanti.”

Terus mintak berhenti kerja. Duduk rumah diam-diam.
.

 

7. “Nak sambut birthday awek kau kat taman je? Tak sweet langsung. Baik kau sambut kat Secret Recipi ke, Starbucks ke. Barulah ada kelas. Tak malu sikit nak up gambar kat IG. Nanti apa kawan-kawan awek kau kata. Kau jugak yang malu.”

Terus telefon mak ayah. Minta duit lebih. Bagi alasan nak beli buku pelajaran. Sedih mak dengan ayah kalau diorang tahu perkara yang sebenar.

 

***

 

Bermacam-macam lagilah situasi yang kau orang buat disebabkan nak jaga hati orang lain. Walaupun kau menderita setiap bulan tapi sanggup berhabis, berhutang semata-mata risau apa orang kata nanti.

Sampai bila kau kena ikut telunjuk orang lain. Kau yang tentukan kewangan kau. Janganlah biarkan orang lain buat keputusan. Yang menanggung nya nanti kau jugak.

Orang yang duk kata, yang duk bagi komen macam-macam tu, ada tolong kau jika kau jatuh muflis? Ada ke tolong kau bayar hutang RM30K kalau kau tak mampu bayar?

Jika kena jagaan bawah AKPK, ada orang lain nak tolong kau? Takde kan. Melainkan kau kena tolong diri kau sendiri.

Jangan risau apa orang kata kat kau. Ingat lah, kalau asyik nak dengar kata orang, kau nak bernafas pun orang tak suka. Hidup kau pun tak tenang. Asyik duk fikir apa orang kata. Bila kau nak enjoy dengan apa yang kau ada?

Ayuhlah berubah. Anak muda zaman kini harus bijak merancang kewangan sendiri. Tak kisah kata orang. Lantak mereka la nak gelakkan cara pemakaian kau , gaya hidup kau . Mungkin kau boleh gelakkan akaun bank dorang yang beli kereta berhutang. Nak kahwin pun berhutang.

Buatlah apa yang kau suka, selagi tidak bertentangan dengan agama. Hiraukan apa kata manusia. Mereka hanya mampu berkata-kata tanpa mengetahui kedudukan kau yang sebenarnya.

Kau gabenor bank kewangan sendiri. Bertindak bijak mulai sekarang. Dunia kau, cara kau. Kau yang tentukan keputusannya. Asalkan diri merasa bahagia, tidak salah di sisi agama dan undang-undang dah la. Kah!

SHARE l TAG jika bermanfaat 😊

[ASY]

#AmirSyahir
#NotaKewanganASY

 

.

 

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

 

 

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

 

 

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

 

.

 

“MENYELONGKAR RAHSIA KEKAYAAN DENGAN EMAS”

 

 

Sudah menjadi lumrah, apabila kita ingin berjinak-jinak didalam sesuatu perkara, sudah pasti kita ingin dapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

Begitu juga dengan emas!

Dapatkan ilmu sebelum pergi lebih jauh.

Sekiranya anda ingin dapatkan jawapan didalam perniagaan, simpanan, dan pelaburan emas, maka buku ini adalah yang paling sesuai buat anda!

Untuk tempahan buku, boleh klik link whatsapp dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS

 

Untuk tempahan buku, boleh klik link whatsapp dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS

 

SANTAI & TERSUSUN

Bahasa yang mudah difahami hinggakan orang yang jarang membaca buku pon boleh habiskan bacaan di buku emas ini.

Jika anda mencari maklumat emas yang tersusun di dalam satu buku, maka “MENYELONGKAR RAHSIA KEKAYAAN DENGAN EMAS” adalah jawapannya.

Pemuda ini belum habiskan buku ini tapi sudah bertanyakan jikalau ada NASKAH KEDUA.

Terima kasih wahai para pembaca.

Kami harap kalian “ENJOY” membaca buku ini sambil minum kopi

🙂

 

Klik disini; 6 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB DAPATKAN BUKU EMAS INI

 

Untuk tempahan buku, boleh klik link whatsapp dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS

 

.

 

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Kongsikan link channel telegram ini kepada orang lain. Agar lebih ramai dapat manfaat untuk perkongsian EMAS & TIPS KEWANGAN

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Anda juga boleh hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin