Ada orang cakap, “masa muda ni kau buat la kesilapan. Takpe. Boleh belajar daripada kesilapan.”

Bagi aku, kalau kau dah tahu kesilapan biasa yang orang sering lakukan, lebih baik kau elak. Jimat masa dan jimat wang. Ye dak?

Yuran ketidakpandaian ni mahal harganya. Belajar daripada kesilapan orang lain ni pun proses belajar juga. Dah tahu orang masuk lubang sama, kau pun nak masuk lubang yang sama buat apa.

Pembelajaran di universiti atau di kolej tidak diajar macam mana nak menguruskan kewangan dengan berkesan, perihal pelaburan dan perkara yang berkaitan dengan hartanah.

Sebab itu anak muda keluar je universiti atau kolej, ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan memang zero. Keluar je terus beli kereta import mewah, buat pembiayaan peribadi.

Disebabkan perkara-perkara tersebutlah, rosak profail individu anak muda dan menyebabkan dorang terus tak layak memiliki rumah.

Secara ringkasnya anak muda sering melakukan kesilapan seperti berikut;

***

1. Bila dah mula bekerja, tak bina tabung kecemasan terlebih dahulu. Tabung kecemasan ni wajib ada 3-6 bulan gaji kalau kau kerja makan gaji. Dengan ekonomi sekarang, jangan rasa kau secure sangat kat tempat kerja tu.
.

2. Bila dah habis belajar, dah ada gaji, beli pulak kereta import yang tak sepadan dengan gaji. Gaji RM2000 rilek je beli Honda Civic. Kepuasan hidup katanya.
.

3. Buat kad kredit tak reti nak bayar balik. Melting la sikit awek tengok bila keluar dating main swipe kad kredit ni. Ada tunggakan mula la nak pinjam duit dengan kawan.
.

4. Hidup pulak mesti diupgrade. Telefon mesti guna iPhone je. Baju mesti beli kat butik berjenama. Mana nak layan dah baju kat Tesco atau Mydin.
.

5. Setiap minggu lepak kedai hispter je. Kedai biasa mana layan. Ye la kan. Nak up gambar dekat Insta. Kena la gambar kelas sikit. Kopi segelas sampai berbelas ringgit. Hujung bulan makan megi kawan.
.

6. Hutan berlambak. Hutang PTPTN, bil telefon, kereta mewah, hutang peribadi la dan bermacam-macam hutang lagi lah. Lepastu mula la pinjam wang sana sini. Gali lubang tutup lubang.
.

7. Buat pula pinjaman peribadi. Pergi travel sana sini guna duit tu la. Rasa bijak sikit letak lebihan dalam ASB. Yang lain semua buat belanja.
.

8. Nak kahwin buat lagi pinjaman peribadi. Rilek je buat RM30K. Baju pengantin 5 pasang. Kek kahwin kalau boleh nak 5 tingkat. Kawan datang pun takde dah keluar pergi photoshoot.
.

9. Pembiayaan PTPTN tak bayar. Duit PTPTN banyak habis buat beli IPhone, belanja makwe. Apabila kena senarai hitam. Akhirnya tak dapat buat pembiayaan perumahan. Orang beli rumah, kau melangut je lah.
.

10. Lepas kahwin, tunggakan sana sini. Bil- bil tak mampu bayar. Kereta kena tarik. Lalu diisytiharkan muflis. Hilang wang, hilang keluarga.

***

Rentetan ni dah serupa satu jalan cerita untuk anak muda. 4-5 orang cerita ke aku, semuanya macam sama je jalan cerita. Semuanya lepasan universiti dan bijak pandai dalam ilmu pengetahuan. Tapi ilmu pengurusan kewangan? Hancusssss.

Kebanyakan anak muda akan lalui jalan yang sama bila dah grad nanti kalau tak ada kesedaran awal. Di mana silapnya? Ada orang nasihatkan kau dulu? Ke orang nasihat kau tak mahu dengar? Akhirnya terpaksa melalui liku-liku kehidupan yang penuh ranjau dan berduri.

Itu tak kira lepasan universiti yang terkena skim cepat kaya, MLM lagi tu. Berlambak yang kena.

Bila pembiayaan perumahan kau tak diluluskan, ejen atau tuan rumah ke takkan ajar kau macam mana nak buat. Diabaikan je kau tu. Terkapai-kapai lah kau mencari sebabnya. Ramai lagi yang nak beli rumah tu.

Dunia ini kejam bukan? Yang dah lepas tu lepaslah. Biarkan berlalu. Kau dah pernah lalui jalan yang sukar. Jadi, kau kena ingatkan generasi yang akan datang supaya jangan buat kesilapan yang sama. Kah!

SHARE l TAG insan tersayang 😊

[ASY]

Terima kasih kepada penulis En #AmirSyahir
#NotaKewanganASY

 

.

 

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

.

KLIK UNTUK WHATSAPP KAMI atau

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin