Amacam gaji korang? Baru masuk kan. Takkan dah tinggal kenangan kot. Harap baik-baik sahaja hendaknya.

Jika kaum makwe cakap takde duit, dalam purse dia tinggal RM50. Dalam Tabung Haji ada RM5000, dalam ASB ada RM2000, dalam tabung ada RM200, duit dalam sampul ada RM100.

Kalau kaum lelaki pula kata takde duit, sesetengah daripada dorang duit dalam dompet dia tinggal RM20. Dalam akaun bank tinggal RM53. Dalam Tabung Haji, ASB yilekk. Begitu bezanya makna “takde duit bagi lelaki dan perempuan”. Jadi kau kena tahu apa sebabnya buat dompet kau kering je setiap bulan.

Amboi, kemain panjang tajuk kan. Perkara ni kalau kau buat, memang kau tak akan pernah merasa kebebasan kewangan.

Boleh buat dompet kau penuh dengan resit daripada duit. Boleh buat air mata penyesalan kau menitis bila buka dompet. Antaranya;
.

 

1. Tidak Menyimpan

Ramai yang berbelanja dahulu, selebihnya barulah menyimpan. Reward yourself kononnya. Itu silap sebenarnya. Kau harus menetapkan berapa simpanan yang kau kena buat setiap bulan. Sama ada 10% daripada pendapatan, 20%, 30%? Itu terserah dengan pendapatan kewangan kau. Jangan ikut orang. Ikut kemampuan diri sendiri.


.

 

2. Berbelanja Lebih Daripada Pendapatan

Ini akan terjadi bila kau tak buat bajet kewangan. Semua benda kau nak beli dalam satu bulan. Lepastu terpaksa kena pinjam sana sini. Hujung bulan barulah nak menyesal. Bila duit tinggal RM20, barulah mula nak berjimat. Megi pun rembat rakan sejawat punya.

Mudah terpedaya dengan perkataan SALE. Semua kau nak beli sekaligus. Beli barang serupa tiada hari esok. Bawa-bawa la bersabar


.

 

3. Asyik Melepak Di Pusat Membeli-Belah

Setiap minggu je mesti keluar lepak Pavilion, Mid Valley, Time Square. Apa la yang kau cari dekat sana pun aku tak tahulah. Ohhh, nak lepaskan stress kerja. Tapi bukankah “dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang?”. Hehe.

Asyik keluar ni kos petrol lagi, bayar parkir, makan kat luar. Keluar sebulan sekali dah la. Nak rehatkan minda pergi pantai, masuk hutan lipur, pergi daki bukit. Bersatu dengan alam. Dengar kicauan burung-burung.


.

 

4. Gaya Hidup Mewah

Terlalu mementingkan gaya hidup yang berkelas. Walaupun kau duk kelas belakang masa Tingkatan 5, tetapi gaya hidup kau kena kelas, ye dak? Nak ada iPhone. iPad. Go Pro, DSLR dan sebarang gajet cool yang lain. Tak nak kalah dengan orang lain.

Nak pakai Honda City, baju berjenama, telefon canggih je. Nak simpan duit deposit rumah pun tak tersimpan lagi. Nanti orang dah ada rumah, kau mula lah nak komen macam-macam.


.

 

5. Terlalu Banyak Hutang

Setiap bulan banyak perkara yang kau kena bayar. Ada hutang pembiayaan peribadi, hutang PTPTN, kad kredit, pembiayaan kereta. Debt lovers katakan. Jadi, kau rancanglah kewangan kau sebaik-baiknya. Bayar dahulu hutang-hutang tu semua. Lepastu, tak payah la nak buat hutang baru lagi. Sekali kau terlepas bayar, terlewat bayar, mungkin ada caj tambahan dikenakan. Jaga-jaga.


.

 

6. Belanja Ikut Nafsu Dan Kemahuan

Ramai jenis yang pantang tengok sesuatu perkara yang diminati, mesti akan segera mendapatkannya dengan apa cara sekalipun. Walaupun apa yang kau nak tu tiada dalam perancangan dan bukan sesuatu yang menjadi keperluan.

Misalnya, tukar telefon pintar baru setiap kali keluaran terbaru. Nak nampak up to date je. Tukar sofa ikut jiran. Makan kat kedai order sampai 5 jenis lauk. Selalu je modified kereta Myvi zero-downpayment kau tu. Banyak lagi lah perbelanjaan yang tidak sepatutnya kau buat tapi kau tak sedar. Dah jadi tabiat kan.


.

 

7. Tiada Simpanan Kecemasan

Simpanan kecemasan ni untuk kau guna sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang kecil seperti tayar kereta pecah, kereta rosak, bumbung rumah bocor. Kalau tak ada simpanan kecemasan ni, akan buat hidup kau jadi kucar-kacir sikit. Peruntukan sedikit wang untuk membina tabung kecemasan ni. Boleh simpan di ASB & TH.

Kenapa? Sebab apabila berlakunya kecemasan, mana kau nak cari duit? Mula la nak pinjam sana sini. Lepastu bulan depan kena bayar balik. Kan dah lari bajet bulan tu.

 

***

 

Jangan jadi kedekut tetapi jadilah seseorang yang berjimat cermat dan berdisiplin dalam berbelanja. Kau kena ingat, ada bezanya antara kedekut dan berjimat cermat ye. Banyak duit gaji kau yang dapat dijimatkan dan digunakan untuk keperluan yang lebih penting.

Kalau pakwe kau ajak makan dekat kedai mamak, makan cendol dan rojak kat gerai tepi jalan, mana kau mahu kan. Tak kelas katanya. Nak makan tempat makan hipster je. Senang nak update Insta. Terpaksalah pakwe kau ikut. Dia nak menyimpan pun tak jadi nak menyimpan. Kakakaka.

Jadi, cubalah ubah gaya hidup kau. Apa gunanya setiap hari update gambar makan mewah, pergi travel sana sini tetapi hutang sekeliling pinggang.

Hidup bersederhana sudah la. Sesungguhnya hidup secara bersederhana itu lebih baik dan indah. Sekadar berpesan-pesan. Kah!

 

Kredit Facebook Amir Syahir

 

.

SYILING EMAS SEBAGAI SIMPANAN, PELABURAN DAN INSURANS

 

 

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 di dalam poket atau di dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja di penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahu paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

 

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pon meningkat 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana ia adalah safe haven asset. Bilamana berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupon peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Oleh itu, bertindak sekarang!

 

.

 

BUKU “MENYELONGKAR RAHSIA KEKAYAAN DENGAN EMAS”

 

Sudah menjadi lumrah, apabila kita ingin berjinak-jinak didalam sesuatu perkara, sudah pasti kita ingin dapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

Begitu juga dengan emas!

Dapatkan ilmu sebelum pergi lebih jauh.

Sekiranya anda ingin dapatkan jawapan didalam perniagaan, simpanan, dan pelaburan emas, maka buku ini adalah yang paling sesuai buat anda!

Untuk tempahan buku, boleh klik link whatsapp dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS

 

 

Untuk tempahan buku, boleh klik link whatsapp dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS

 

SANTAI & TERSUSUN

Bahasa yang mudah difahami hinggakan orang yang jarang membaca buku pon boleh habiskan bacaan di buku emas ini.

Jika anda mencari maklumat emas yang tersusun di dalam satu buku, maka “MENYELONGKAR RAHSIA KEKAYAAN DENGAN EMAS” adalah jawapannya.

Pemuda ini belum habiskan buku ini tapi sudah bertanyakan jikalau ada NASKAH KEDUA.

 

Terima kasih wahai para pembaca.

Kami harap kalian “ENJOY” membaca buku ini sambil minum kopi

🙂

 

Klik disini; 6 SEBAB KENAPA ANDA WAJIB DAPATKAN BUKU EMAS INI

 

Untuk tempahan buku, boleh klik link whatsapp dibawah
https://api.whatsapp.com/send?phone=60182750478&text=BUKUEMAS

 

.

 

Kongsikan link channel telegram ini kepada orang lain. Agar lebih ramai dapat manfaat untuk perkongsian EMAS & TIPS KEWANGAN

Join CHANNEL TELEGRAM UNTUK MAKLUMAT SEMASA EMAS
(https://t.me/MaklumatEmas)

PELBAGAI REKAAN SYILING EMAS HMG & CERTIFICATE

Anda juga boleh hubungi EJEN berhampiran anda

.

PENERAJU SYILING EMAS MALAYSIA
www.harimaumintgold.my
Premium | Exclusive | High Taste | Perceive Value | Limited | Collectable | Proof Coin